Utusan Borneo (Sabah)

ETF Syariah dolar US pertama Asia disenarai di bursa

-

KUALA LUMPUR: Dana dagangan tukaran (ETF) patuh Syariah dalam dolar AS, pertama di Asia, akan disenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 28 Feb.

MyETF Dow Jones US Titans 50 (MyETF-US50) akan mennawarka­n keputusan pelaburan yang hampir serupa dengan prestasi indeks penanda aras, Dow Jones Islamic Market US Titan, kata Ketua Pegawai Eksekutif iVCAP Management Sdn Bhd (i-VCAP), Khairi Shahrin Arief Baki.

“Indeks penanda aras mengandung­i 50 syarikat US patuh Syariah menerusi pemodalan pasaran terapung terselaras.

“Antara syarikat mewah AS, termasukla­h Apple Inc, Microsoft Corp, Facebook Inc, Johnson & Johnson, Exxon Mobil Corp, Chevron Corp, Procter & Gamble dan Home Depot Inc,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran prospektus dana itu di sini semalam.

Tempoh Penawaran Awam menerusi langganan awal akan ditutup pada jam 5 petang 9 Feb.

Saiz dana awal MyETFUS50 yang diluluskan adalah sehingga 500 juta unit pada harga terbitan awal sebanyak AS$1.00 seunit.

Saiz minimum permohonan langganan menerusi langganan awal ialah 100 unit atau secara gadaan jumlah terbabit.

i-VCAP hanya menawarkan produk dan perkhidmat­an pelaburan patuh Syariah dan merupakan anak syarikat milik penuh ValueCAP Sdn Bhd (ValueCAP), milik Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Permodalan Nasional Bhd. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia