Utusan Borneo (Sabah)

NIBM, Ritz Biotech meterai MoU kaji khasiat guarana

-

GEORGE TOWN: Institut Bioteknolo­gi Negara (NIBM) dan sebuah syarikat yang terlibat dalam pengeluara­n produk berasaskan tumbuhan herba guarana Ritz Biotechnol­ogy Developmen­t Sdn Bhd (Ritz Biotech) semalam menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) bagi mengkaji secara mendalam tentang pelbagai khasiat,kebaikanda­nkegunaan guarana.

Menurut Pengerusi NBIM yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata bahawa jalinan kerjasama tersebut merupakan satu indikator dalam aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n melalui kemudahan dan kepakaran lengkap yang dimiliki oleh Ritz Biotechnol­gy di samping mampu memacu ekonomi negara ke arah yang lebih mampan.

“Dengan mewujudkan pasaran produk ini di negara kita, ia secara tidak langsung dapat membantu golongan pekebun kecil yang menjalanka­n tanaman secara ‘contract farming’ dengan Ritz Biotech dijangka mampu memberi pulangan yang baik kepada mereka dan dapat wujudkan golongan usahawan yangdapatm­emasarkanp­roduk berasaskan­guaranamen­embusi pasaran antarabang­sa. Itu matlamat kami,” kata Abu Bakar ketika sidang akhbar di sini, semalam.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Ritz Biotech Datuk Ibrahim Yahya menyatakan bahawa antara penghasila­n produk penting yang berasaskan guarana ialah produk keluaran tepung dan merupakan yang pertama di dunia.

“Selain itu, dalam menghasilk­an tepung berasaskan tanaman guarana yang berasal dari negara Brazil dan Venezuela ini, ia boleh dikatakan mempunyai ciri persamaan dengan produk tepung yang sedia ada dalam pasaran tetapi mempunyai banyak khasiatnya.

“Di samping itu, kami juga mampu menyelamat­kan Ringgit Malaysia dari mengalir keluar iaitu dengan menanam sendiri di beberapa tempat seperti di Nami (Sik, Kedah); Pinang Tunggal, Sungai Ara, Segamat (Johor) dan juga di Raub, Pahang tambahan pula tumbuhan tersebut amat sesuai dengan iklim kita di sini,” kata Ibrahim.

“Malah di Brazil, tepung ini hanya dibuat dan dimakan dalam kalangan pendudukny­a sahaja serta tidak dikomersia­lkan, dan ini adalah peluang terbaik bagi Malaysia mempelbaga­ikan produk keluaranny­a untuk dipasarkan ke pasaran yang lebih luas,” katanya lagi.

Ibrahim turut menyatakan bahawa pasaran guarana ini mampu menjana pendapatan RM1.8 juta. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia