Utusan Borneo (Sabah)

MSPO akan bolehkan M’sia jenamakan minyak sawit sebagai pilihan utama

-

KUALA LUMPUR: Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) akan menjadi perubah penting kerana selain memberikan pihak berkuasa Malaysia cara untuk menguatkua­sakan standard pensijilan, ia juga akan lebih menonjol di pasaran antarabang­sa serta menjenama minyak sawitnya sebagai pilihan utama, kata satu jurnal.

Buat permulaann­ya, MSPO akan memberikan pihak berkuasa Malaysia cara untuk menguat kuasa standard pensijilan, iaitu satu perbezaan penting dengan Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO).

“Penguatkua­saan itu sendiri akan menjadi lebih berkesan kerana MSPO berkait dengan instrumen sedia ada, contohnya, lesen rasmi yang diperlukan untuk mereka yang beroperasi dalam perniagaan minyak sawit dan dikeluarka­n Lembaga Minyak Swit Malaysia (MPOB),” kata jurnal tersebut yang bertajuk: “Membina Masa Depan Lestari Bersama: Minyak Sawit Malaysia dan Penggunaan Eropah.”

Kelebihan lain MSPO yang akan memanfaatk­nan industri ialah dengan standard pensijilan sendiri yang diterima di peringkat antarabang­sa, Malaysia boleh menonjol di pasaran antarabang­sa dan menjenamak­an minyak sawit Malaysia sebagai pilihan utama, kata jurnal itu yang ditulis secara bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia, Dr Kalyana Sundram, Pengurus Serantau di Eropah, Uthaya Kumar dan Perunding, Frank Vogelgesan­g.

Oleh itu, Malaysia melihat banyak kelebihan dalam MSPO walaupun kos yang tinggi dan bnyak usaha yang diperlukan untuk menjayakan­nya.

Dan disebabkan perkara inilah pihak berkuasa Malaysia berazam untuk menyelesai­kan perkara ini (lesen rasmi dan proses pensijilan) dengan menawarkan insentif kewangan pada rantaian pengeluara­n minyak sawit di negara ini untuk menjadi patuh MSPO, katanya.

MSPO itu dikendalik­an Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia dan menjadi mandatori menjelang Disember 2019.

Berikutan standard MSPO yang ketat, kejayaan skim berkenaan juga akan memberi manfaat kepada penggubal undang-undang Eropah, katanya.

Mencari jalan untuk Kesatuan Eropah (EU) menerima MSPO sebagai amalan terbaik akan menjadikan­nya lebih mudah untuk meningkatk­an penerimaan olehpengel­uar tempatan juga. Pensijilan bukannya jalan sehala.

“Komitmen tinggi hanya berjaya jika ia diterima. Dengan menyokong skim nasional seperti MSPO, EU boleh membawa 100 peratus minyak sawit lestari yang disahkan lebih dekat,” tambahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia