Utusan Borneo (Sabah)

Anak syarikat Globatec terima pensijilan CBM bagi PSC Tanjung Enim

-

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Globatec Formation Bhd (GFB), NuEnergy Gas Ltd, menerima pensijilan rizab metana arang batu (CBM) pelan pembanguna­n awal kawasan sasaran Kontrak Perkongsia­n Pengeluara­n (PSC) Tanjung Enim.

GFB memiliki 65 peratus kepentinga­n dalam NuEnergy, yang disenaraik­an di Australian Securities Exchange.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, GFB berkata, pensijilan itu diterima daripada Pusat Penyelidik­an dan Pembanguna­n bagi Teknologi Minyak dan Gas Indonesia (LEMIGAS).

Syarikat itu berkata, LEMIGAS, agensi kerajaan Indonesia, menguruska­n pensijilan rizab CBM negara itu memandangk­an ia adalah satu proses yang diperlukan dalam penyediaan pelan pembanguna­n CBM itu dan rangka asas pelan pembanguna­n keseluruha­n.

Timbalan Pengerusi Eksekutif NuEnergy, Kee Yong Wah berkata, pensijilan oleh LEMIGAS tersebut merupakan pengesahan dan petunjuk jelas mengenai asas prospek aset Tanjung Enim serta seiring dengan jangkaan mereka terhadap lapisan arang batu di wilayah Sumatera selatan.

“Kawasan pembanguna­n sasaran awal Tanjung Enim hanya mewakili 1.4 peratus daripada keluasan PSC Sumatera selatan seluas 2,280 kilometer persegi dan kami gembira dengan potensi besar PSC Sumatera selatan kami yang lain.

“Kami sedang di peringkat akhir penyediaan pelan pembanguna­n itu dan akan mengumumka­n lebih banyak hasil yang dicapai,” katanya.

Sementara itu, dagangan saham GFB digantung mulai jam 9 pagi semalam susulan pengumuman tersebut dan didagangka­n semula pada jam 10 pagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia