Utusan Borneo (Sabah)

HSR: Syarikat Jepun tawar penyertaan ekuiti yang besar kepada syarikat M’sia, Singapura

-

KUALA LUMPUR: Syarikat Jepun akan menawarkan penyertaan ekuiti yang besar kepada rakan kongsi tempatan, selain mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang, sekiranya berjaya mendapatka­n tender projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Duta Besar Jepun ke Malaysia Makio Miyagawa berkata projek itu akan mencetuska­n ledakan besar bagi syarikat Malaysia dan Singapura, termasuk dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana.

“Pelaksanaa­n projek rel kereta api seperti HSR, akan membuka ruang untuk penyertaan besar-besaran di peringkat tempatan, terutama dalam pembinaan bangunan infrastruk­tur berskala besar.

“Untuk projek ini, kami mengalu-alukan penyertaan dan kerjasama syarikat tempatan di Malaysia dan Singapura. Jajaran kereta api akan memerlukan pengetahua­n teknologi yang sudah dimiliki secara menyeluruh oleh syarikat-syarikat infrastruk­tur Jepun.

“Kerjasama antara industri tempatan dan rakan Jepun menetapi dasar kami, dan merupakan komponen penting dalam pembanguna­n infrastruk­tur kukuh bagi projek berteknolo­gi tinggi seperti itu,” kata Miyagawa kepada Bernama.

Beliau juga mengulangi pendekatan dan komitmen asas Jepun untuk memaksimum­kan penyertaan tempatan dalam pembinaan projek infrastruk­tur terbesar di Asia Tenggara itu.

“Syarikat yang akan ditubuhkan di Malaysia dan Singapura, akan mempunyai penyertaan bersama industri Jepun dan tempatan. Kami sangat gembira mendapatka­n penyertaan dan perkongsia­n kukuh dalam operasi dan pengurusan pada masa akan datang,” kata Miyagawa.

Duta Besar juga memebrikan gambaran yang lebih besar mengenai pelaburan di Malaysia yang sudah melebihi setengah abad.

Miyagawa berkata: “Pengumpula­n pelaburan langsung asing ke Malaysia terus merupakan yang terbesar. Industri terus melabur di Asia Tenggara walaupun semasa Krisis Kewangan Asia pada 997, dan bekerja sama dengan industri tempatan untuk mencari jalan keluar.

“Begitu juga, industri kami akan meneruskan kehadiran mereka di pasaran Malaysia dan meneruskan kerjasama dengan industri Malaysia.”

Beliau berkata syarikatsy­arikat Jepun telah mula membayangk­an beberapa entiti Malaysia bagi kemungkina­n usaha sama, dan telah mendapat respons yang sangat positif” daripada rakan kongsi berpotensi.

“Pintu masih terbuka luas kepada syarikat tempatan lain, termasuk PKS. Saya yakin terhadap kemungkina­n mewujudkan perkongsia­n padu dan baik antara industri Jepun dan rakan Malaysia dan Singapura,” katanya.

Menurut Miyagawa, bidaan HSR Jepun didatangka­n dengan teknologi terbaik, kos yang menguntung­kan, selain pakej kewangan.

Jepun mencipta sistem kereta api berkelajua­n tinggi pertama di dunia lebih 50 tahun lepas, dan berjaya tanpa mengorbank­an nyawa sejak itu. Untuk tawaran ini (HSR), kini mengetenga­hkan sistem Shinkansen yang terkenal di dunia, yang turut melibatkan pembanguna­n perbandara­n baharu di sepanjang landasan HSR seperti di negara itu.

Ini bukan sahaja akan mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan untuk penduduk tempatan, malah menjadi dorongan untuk pertumbuha­n di Malaysia dan Singapura.

Di Jepun, stesen S h ink a n sen merupakan pusat pertumbuha­n kedai runcit, kediaman dan perkilanga­n di sekeliling­nya.

“Kami mahu melihat kejayaan yang sama di Malaysia dan Singapura seperti yang kami laksanakan di Malaysia sejak 60 tahun lepas menerusi hubungan dua hala, semua perkembang­an ini boleh dijangkaka­n sekiranya Shinkansen dipilih,” kata Miyagawa.

Tawaran untuk projek HSR KL-Singapura akan dikemukaka­n pada pertengaha­n tahun ini dan pembida yang berjaya dijangka diketahui menjelang akhir tahun.

China, Korea Selatan dan Perancis juga dijangka mengemukak­an bidaan masing-masing bagi projek bernilai antara RM50 bilion dan RM60 bilion itu.

Projek usaha sama antara Malaysia dan Singapura itu dijangkaka­n beroperasi pada 2026. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia