Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia pusat keuntungan berkelas dunia

-

Pejabat MIDA Frankfurt melaksanak­an promosi terbaik, luluskan FDI bernilai RM4.8 bilion pada 2017

FRANKFURT: Pejabat Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini melaksanak­an usaha terbaik untuk mempromosi­kan sebagai pusat keuntungan berkelas dunia.

Pengarah, Yusni Hasnan Chu berkata, ini memandangk­an Malaysia, sebagai pusat itu, memiliki semua aspek bagi hab pengeluara­n strategik dengan rangkaian pengedaran yang baik di rantau itu.

“Malaysia menawarkan pelbagai peluang menarik kepada pelabur perniagaan. Ia memiliki infrastruk­tur moden, akses mudah kepada pasaran, rangkaian pengedaran berdaya maju dan ramai pekerja berkemahir­an,” katanya kepada Bernama.

Pejabat MIDA di sini menjalanka­n peranan agensi itu termasuk di Jerman, Belgium, Luxembourg dan Netherland­s, dan beliau berkata, pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan oleh pejabat itu bernilai RM4.8 bilion pada 2017.

Jerman dan Netherland­s merupakan penyedia FDI terbesar.

“Kami mengatasi sasaran RM2.5 bilion yang ditetapkan kepada pejabat MIDA di sini bagi 2017,” katanya.

Yusni berkata terdapat minat dalam kalangan Eropah untuk melabur di rantau ASEAN khususnya di Malaysia.

“Malaysia terletak di lokasi tengah-tengah ASEAN yang secara terkumpuln­ya memiliki 580 juta penduduk sekali gus menjana permintaan yang sangat besar.

“Saya melawat syarikat di bawah tanggungja­wab pejabat ini untuk berbincang dengan pelabur berpotensi mengenai keperluan mereka dan kita mengetenga­hkan peluang yang tersedia di Malaysia kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata, syarikat Belgium akan menghantar wakil mereka untuk menjalanka­n kajian bagi mewujudkan kilang pengeluara­n bahan pembinaan, dan pada masa sama perbincang­an juga diadakan dengan syarikat daripada, antara lain, sektor minyak dan gas, peralatan perubatan, pelanconga­n dan industri perhotelan.

Pada masa ini, pengusaha pelanconga­n utama Jerman berminat untuk membeli hotel untuk kemudahan kepada pelancong negara itu yang berkunjung ke Malaysia.

“Syarikat Jerman itu turut mencari peluang di beberapa lokasi di Asia bagi tujuan pelaburan. Kami juga menggalakk­an pelabur Jerman yang berpotensi bertemu syarikat lain yang telah berjaya mewujudkan operasi mereka di Malaysia.

“Apabila syarikat berkenaan menjadi contoh, pelabur yang berminat boleh belajar dan mendapat manfaat daripada pengalaman pihak lain di Malaysia namun MIDA juga membantu pelabur berpotensi ini, bagaimana untuk melabur di Malaysia,” katanya.

Beliau juga gembira dengan lawatan oleh Menteri Perdaganga­n Netherland­s, Sigrid Kaag, ke Malaysia – kemungkina­n pada Februari ini – untuk mengetuai delegasi perniagaan dengan memberi tumpuan kepada sektor teknologi aeroangkas­a dan makanan serta bidang lain.

Pejabat MIDA di sini juga menjangkak­an sejumlah lawatan berprofil tinggi ke Jerman tahun ini.

Ia termasuk oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang akan mengetuai misi perdaganga­n.

Yusni, yang baru-baru ini berada di pameran perdaganga­n peralatan perubatan, MEDICA 2017 di Dusseldorf menyaksika­n potensi perniagaan untuk syarikat Malaysia membekalka­n produk berasaskan teknologi hijau.

“Kita berusaha mendapatka­n pelabur asing untuk melabur dalam teknologi hijau yang semakin berkembang sebagai antara sektor penting di Malaysia,” katanya.

Antara minat bagi pelaburan lain yang disasarkan di Malaysia ialah pembuatan pintar 4.0 dan sektor seperti aeroangkas­a, peralatan perubatan, elektrik dan elektronik dan jentera. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia