Utusan Borneo (Sabah)

Program ‘Tanahku, Negaraku’

Rekonsepsu­alise budaya bersepadu menerusi penghasila­n mural seramik anjuran UPSI

- Oleh SALMAN ABADI

PUSAT Pengurusan Penyelidik­an dan Inovasi (PPPI) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Abdul Jalil Shah Tanjung Malim Perak mengadakan Program Komuniti Sekolah Penyayang atau Caring School Community Programme di Dewan SJKC Chung Hwa Tawau pada Sabtu.

Pengarah PPPI UPSI Profesor Madya Dr Tajul Shuhaizam Said berkata, program bertemakan ‘Tanahku, Negaraku - Rekonsepsu­alise Budaya Bersepadu Menerusi Penghasila­n Mural Seramik’ itu merupakan kajian yang melibatkan praktik seni dalam kalangan pelajar sekolah.

Program yang bermula sejak September 2017 itu dan pertama kali diadakan di Sabah, memfokuska­n kepada konsep sekolah penyayang (caring school) menerusi adaptasi integrasi budaya dengan kegiatan kreatif yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta minda inovatif melalui mata pelajaran seni dan sains.

Seramai 105 orang menyertai program itu yang terdiri daripada 50 murid dari lima sekolah rendah di sekitar daerah Tawau, 55 guru dan ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) (komuniti setempat).

Lima sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Andrassy, SK Balung, SK Wakuba, SK Kinabutan dan SJKC Chung Hwa, Tawau.

Pelaksanaa­n program itu dikendalik­an empat ahli penyelidik dan akademia UPSI sambil dibantu seramai 20 pembantu fasilitato­r yang terdiri daripada 10 mahasiswa UPSI berasal dari Tawau dan 10 orang lagi adalah wakil Persatuan Anak

Sabah UPSI.

Empat ahli akademik (penyelidik) yang mengendali­kan program itu ialah Profesor Madya Dr Tajul Shuhaizam sebagai ketua program, bersama Profesor Madya Dr Harozila Ramli, Profesor Zulkifli Yussof dan Dr Muhammad Fadhil Wong Abdullah.

Kesemua peserta dibimbing untuk menghasilk­an satu siri mural seramik dengan tema Tanahku, Negaraku yang menggabung­kan simbol budaya masyarakat setempat dan alam benda di persekitar­an sebagai ikonografi dalam karya yang mereka hasilkan.

Tajul berkata, antara objektif utama program itu adalah untuk mendidik kesedaran ‘multi-culture’ dalam kalangan pelajar (murid), di samping memperkasa­kan kreativiti peribadi dan semangat kerja berpasukan.

Selain itu, ia juga bertujuan mendedahka­n muridmurid, guru dan komuniti setempat kepada pengetahua­n baharu tentang mural seramik serta membangunk­an kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan minda positif melalui seni.

Melalui program itu, murid-murid dan masyarakat setempat juga didedahkan mengenai cara menghasilk­an karya seni berdasarka­n formula asas sains bahan untuk menghasilk­an mural seramik dengan aplikasi kreatif dan inovatif dalam bidang seni seramik kontempora­ri.

Tanah liat merupakan bahan utama bagi penghasila­n mural seramik yang dikumpulka­n dari lokasi yang berlainan mengikut kediaman pelajar (murid) yang menjadi subjek representa­si ikon budaya setempat, selain ‘resin’ iaitu sejenis bahan untuk mengeraska­n tanah liat.

Bahan dan peralatan lain yang digunakan ialah warna air (water color), seramik tool set, berus dan acuan plastik.

Komposisi tanah yang berbeza dari segi warna dan sifat tanah itu dieksperim­entasi dan ek- splorasi bagi tujuan penghasila­n karya seramik.

Beliau berkata, hasil kajian itu akan menghasilk­an satu siri mural seramik kontempora­ri yang diperolehi dari pelbagai jenis tanah yang berbeza lokasi dengan mengintrep retas ikan kebudayaan setempat sebagai idea dalam pengkaryaa­n karya seni seramik.

“Himpunan siri karya kontempora­ri seramik yang dihasilkan akan menjadi metafora kepada semangat cintakan negara,” katanya.

Menurutnya, kajian itu juga akan m e n dokumentas­i kan proses kreatif dan kreativiti setiap pelajar yang terlibat beserta maklum balas soal selidik impak terhadap program berkenaan.

Justeru, beliau berharap ‘Program Caring School @Sekolah Penyayang’ menerusi eksperimen­tasi Tanahku, Negaraku Rekonsepsu­alise Budaya Bersepadu Menerusi Penghasila­n Mural Seramik akan dapat melahirkan para pelajar yang boleh menerapkan amalan toleransi dan menghormat­i kepelbagai­an budaya dalam kalangan pelajar dan masyarakat setempat.

Beliau menambah, peserta program khasnya para pelajar sekolah boleh mengekspre­sikan idea mereka menerusi komposisi karya kreatif dan dapat memperkasa­kan kreativiti peribadi dan semangat kerja berpasukan.

“Program ini juga diharap dapat memindahka­n ilmu pengetahua­n baharu kepada pelajar, guru dan komuniti menerusi fungsi bahan tanah liat dan proses penghasila­n karya seni seramik kontempora­ri,” katanya.

Menerusi program itu katanya, ia juga diharap dapat membangunk­an kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, dan minda inovatif melalui seni dan sains, khasnya dalam kalangan pelajar bagi mempersiap­kan mereka dengan pelbagai cabaran alaf baharu.

Mengulas mengenai program itu, Tajul menyifatka­n sambutan dan komitmen peserta terhadap program itu adalah sangat baik dan amat membanggak­an.

Pihaknya memang ada perancanga­n untuk memperluas­kan program itu ke semua daerah lain di Sabah sekiranya mendapat kerjasama dan tajaan dana bagi meneruskan program itu.

“Kesemua peralatan bagi program caring school ini dibiayai melalui dana geran penyelidik­an Bahagian Dasar Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT),” katanya, termasukla­h baju T berwarna biru yang dipakai oleh semua peserta program yang turut melambangk­an perpaduan dalam kepelbagai­an.

Tajul menjelaska­n, secara ringkas kerja penghasila­n mural seramik bermula dengan aktiviti para peserta program diminta mencari dan membawa tanah liat asli dari kawasan persekitar­an kediaman mereka.

“Peserta juga diminta memilih beberapa objek alam yang difikirkan memberi refleksi kepada konsep tanahku negaraku, contohnya kulit siput (tanda kekayaan sumber alam yang perlu dihargai), biji sawit (ikon kepada sumber ekonomi), bunga raya, dan lain-lain,” katanya.

Dalam program itu, peserta diajar tentang cara menghasilk­an tanah liat dengan kaedah yang sangat mudah dan cepat sebagai pengetahua­n baharu yang menerapkan tentang konsep sains bahan dan fungsi bahan kepada manusia.

Katanya, tanah liat adalah suatu bahan yang merentas teknologi, bukan hanya untuk barangan kraf, tetapi juga sebagai bahan untuk teknologi tinggi, contohnya pembinaan komponen enjin kapal angkasa lepas-NASA kerana ia memiliki ketahanan suhu yang tinggi.

Seterusnya, para peserta ditugaskan untuk menghasilk­an satu karya kreatif dengan menggabung­kan tanah liat dan bahan alam menjadi satu karya yang mengekspre­sikan berkonsepk­an Tanahku, Negaraku.

Proses seterusnya ialah peserta diajar cara membuat kemasan akhir karya kreatif mereka dengan menggunaka­n kaedah baharu iaitu ‘ceramic resin art’.

Akhirnya nanti, karya mereka akan digabungka­n menjadi tujuh buah panel wall mural - karya kreatif Tanahku, Negaraku dengan pameran dirancang diadakan pada 26 - 27 Januari di Politeknik Metro Tawau, Sabah.

Sementara itu, Guru Besar SK Andarssy Tawau Samson Sahibul menyifatka­n program itu amat baik kerana memberi peluang kepada muridmurid dan ibu bapa untuk memahami bahawa banyak perkara yang pada kita ‘biasa-biasa saja’, tetapi ia akan bernilai tambah apabila diberi sentuhan seni yang kreatif.

Beliau yang juga setiausaha agung Kesatuan Guru-guru Kerajaan Sabah (KGKS) berkata, tema Tanahku, Negaraku amat bertepatan sekali kerana pelaksanaa­n program itu berasaskan penggunaan tanah liat sebagai bahan utama dalam penghasila­n mural seramik yang di dalamnya tersirat pelbagai mesej kepelbagai­an budaya, semangat patriotik, alam sekitar dan sebagainya berdasarka­n kreativiti dan ekspresi masing-masing.

Sambil melahirkan rasa bersyukur kerana berpeluang menimba ilmu dan pengetahua­n baharu melalui program itu, beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih khasnya kepada Tajul dan pihak Pusat Pengurusan Penyelidik­an dan Inovasi UPSI kerana menganjurk­an program itu di Tawau.

Beliau berharap program seumpamany­a dapat diperluask­an ke pelbagai daerah lain di Sabah bagi membuka ruang dan peluang lebih ramai pelajar, guru-guru dan komuniti setempat mendapat impak positif dan manfaat penting melalui program cetusan UPSI itu.

 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli PIBG tekun melakukan aktiviti membentuk tanah liat dalam acuan.
SEBAHAGIAN ahli PIBG tekun melakukan aktiviti membentuk tanah liat dalam acuan.
 ??  ?? PESERTA program berusaha dengan tekun menyiapkan tugasan.
PESERTA program berusaha dengan tekun menyiapkan tugasan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN lagi peserta program kelihatan amat teruja dan berminat dengan aktiviti menarik menghasilk­an mural seramik.
SEBAHAGIAN lagi peserta program kelihatan amat teruja dan berminat dengan aktiviti menarik menghasilk­an mural seramik.
 ??  ?? TAJUL (tengah) dan Dr Muhammad Fadhil Wong Abdullah (dua kanan) bersama guruguru besar yang turut menyertai program itu.
TAJUL (tengah) dan Dr Muhammad Fadhil Wong Abdullah (dua kanan) bersama guruguru besar yang turut menyertai program itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta seronok berinterak­si dengan tanah liat sebagai sumber alam terpenting yang berteknolo­gi tinggi.
SEBAHAGIAN peserta seronok berinterak­si dengan tanah liat sebagai sumber alam terpenting yang berteknolo­gi tinggi.
 ??  ?? TAJUL (depan, dua kiri) bersama Samson (baris tengah, dua kanan) serta para peserta dari SK Andrassy.
TAJUL (depan, dua kiri) bersama Samson (baris tengah, dua kanan) serta para peserta dari SK Andrassy.
 ??  ?? ANTARA mural seramik yang cantik dan menarik, hasil kreativiti peserta program.
ANTARA mural seramik yang cantik dan menarik, hasil kreativiti peserta program.
 ??  ?? TAJUL menunjukka­n seramik yang telah siap dihasilkan oleh para peserta program.
TAJUL menunjukka­n seramik yang telah siap dihasilkan oleh para peserta program.
 ??  ?? TAJUL (depan, kanan) bersama sepanduk ‘Caring School Community Programme’.
TAJUL (depan, kanan) bersama sepanduk ‘Caring School Community Programme’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia