Utusan Borneo (Sabah)

Dua ‘Datuk’ lanjut reman

Isu terowong dasar laut P.Pinang

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret Putrajaya pada Isnin membenarka­n tempoh reman dua pemimpin syarikat bergelar ‘Datuk’ dilanjutka­n lima hari bermula Isnin bagi membantu siasatan projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Mereka ialah pengarah eksekutif kanan sebuah syarikat konsortium berusia 59 tahun dan seorang timbalan pengerusi sebuah syarikat pembanguna­n hartanah, 50.

Majistret Khir Nizam Jemari membenarka­n permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutka­n perintah reman terhadap dua lelaki berkenaan sehingga 19 Jan.

Pada 9 Jan, kedua-dua lelaki itu ditahan secara berasingan iaitu di sini dan Pulau Pinang dan kemudian direman enam hari bermula 10 Jan oleh Mahkamah Majistret Putrajaya dan Mahkamah Majistret George Town.

Penahanan kedua-dua lelaki itu adalah susulan serbuan SPRM di beberapa pejabat kerajaan negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang dan beberapa syarikat berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut itu.

SPRM dilaporkan menyerbu pejabat Jabatan Kerja Raya di Sungai Pinang, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, pejabat Tanah dan Galian serta Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di Komtar.

Serbuan itu dilakukan susulan aduan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.

Pada 5 Jan lepas, Huan membuat laporan dan menyerahka­n bukti baharu berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM15 bilion itu kepada SPRM di Putrajaya bagi menyiasat sama ada wujud unsur salah laku atau rasuah dalam pembidaan projek itu.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubung­kan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerah­kan kepada Consortium Zenith Constructi­on, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuska­n pelbagai kontrovers­i antaranya berhubung kos kajian kebolehlak­sanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaa­nnya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar. - Bernama

 ??  ?? PENGARAH eksekutif kanan sebuah syarikat konsortium berusia 59 tahun dan seorang timbalan pengerusi sebuah syarikat pembanguna­n hartanah, 50, dilanjutka­n tahanan reman.
PENGARAH eksekutif kanan sebuah syarikat konsortium berusia 59 tahun dan seorang timbalan pengerusi sebuah syarikat pembanguna­n hartanah, 50, dilanjutka­n tahanan reman.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia