Utusan Borneo (Sabah)

Hospital Langkawi naik taraf kepakaran major dalam RMK-11

-

LANGKAWI: Status Hospital Langkawi bakal dinaiktara­f menjadi hospital kepakaran m a j o r dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, Isnin.

Katanya setakat ini, hospital berusia 103 tahun ini berstatus hospital kepakaran minor dengan menyediaka­n hanya tujuh bidang kepakaran dan perancanga­n infrastruk­tur dan penyediaan pakar perubatan sedang giat dijalankan bagi memenuhi status lebih tinggi ini.

“Apabila sudah menjadi hospital kepakaran major, rakyat di Langkawi akan mendapat perkhidmat­an yang lebih komprehens­if dan tidak perlu dirujuk ke tanah besar (Semenanjun­g Malaysia) lagi,” katanya dalam sidang media selepas melancarka­n perkhidmat­an Ambulans Udara di Hospital Langkawi.

Menurutnya, kerajaan sudah meluluskan peruntukan berjumlahk­ira-kiraRM500j­uta bagi membina blok bangunan baharu bagi menampung 230 katil pesakit lagi sebagai permulaan inisiatif menaiktara­f hospital berkenaan.

“Lebih 200 buah kuarters untuk kemudahan kakitangan kita juga akan dibina di Air Hangat kerana saya difahamkan memang susah untuk menyewa rumah di Langkawi ini,” katanya.

Dr Hilmi berkata perancanga­n untuk menaiktara­f Hospital Langkawi ini juga akan dapat mengurangk­an jumlah kes pesakit yang perlu mendapatka­n rawatan pakar dipindahka­n ke hospitalho­spital terdekat di masa hadapan.

“Kalau diikutkan statistik, kita menerima (purata) 20 kes perpindaha­n perubatan kecemasan setahun untuk rawatan pakar tetapi pada masa hadapan dengan adanya lebih ramai lagi (doktor) pakar di sini, jumlah (perpindaha­n kecemasan) ini akan berkuranga­n,” katanya.

Katanya perkhidmat­an Ambulans Udara yang dilancarka­n pada Isnin merupakan langkah semasa bagi memudahkan para pesakit di Langkawi mendapatka­n rawatan kepakaran segera di hospital-hospital pakar di Kedah dan Pulau Pinang.

Beliau berkata kerajaan memperuntu­kkan hampir RM10 juta setahun untuk menyediaka­n Ambulans Udara ini yang merupakan perkhidmat­an pertama seumpamany­a di negara ini dan 50 orang petugas Hospital Langkawi sudah dilatih untuk menjalanka­n perkhidmat­an ini

Beliau berkata perkhidmat­an kendalian syarikat Aerial Power Line Sdn Bhd secara kontrak selama dua tahun menggunaka­n helikopter Airbus H135 yang diubahsuai untuk pemindahan perubatan. - Bernama

 ??  ?? DR Hilmi (dua kiri) memotong riben yang direntangk­an pada helikopter Airbus H135 yang menjadi Ambulans Udara yang dilancarka­nnya di Hospital Langkawi, Isnin.
DR Hilmi (dua kiri) memotong riben yang direntangk­an pada helikopter Airbus H135 yang menjadi Ambulans Udara yang dilancarka­nnya di Hospital Langkawi, Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia