Utusan Borneo (Sabah)

Marlin Brando dan ‘Gerak Khas Sabah’

-

SELESAI sudah dua siri drama episod Gerak Khas yang melibatkan pelakon watakal Marlin Malalin anakTawau yang berbakat.

Saya andaikan lakonannya melalui siri yang judul Selamat Datang Erina itu sebagai hadiah tahun kepada peminat seni lakon Sabah juga industri perfileman dan drama televisen Sabah.

Kegigihan Skop Production­s yang tidakjemu-jemu menerbitka­n drama ala kepolisan harus disokong. Secara tidak langsung susah tentu akan menaikkan imej Polis Malaysia.

Betapa kita sedar atau tidak, Sabah juga harus ada dalam kata khusus harus menerbitka­n drama siri kepolisian seperti Gerak Khas. Sama ada sebuah syarikat atau joint venture effort (kerjasama antara syarikat filem Sabah), sudah lama seharusnya sebuah atau dua Project Proposal sudah ada di atas meja pihak RTM.

Saya pasti cerita dan skrip kepolisan dari Sabah lebih menggetark­an. Terlalu banyak kisah jenayah boleh diketengah­kan dalam penceritaa­n. Ayuh! berlarilah dengan bendera Sabah.

Sabah tidak kurang dengan pelakon watakal seperti Marc Abas, Ebi Kornelis, Primus Gondali, Rodih dan tentu Marlin Malalin. Pelakon dari Semenanjun­g pun boleh turut serta sekiranya ada cerita /skrip yang sesuai plotnya untuk mereka. Malah boleh juga sekali sekali membuat penggambar­an di Semenanjun­g. Siri sebegini akan berpeluang melahirkan ramai penulis skrip, pelakon, tenaga produksi yang semuanya dari Sabah.

Marlin menjadi simbol kepada pelakon Sabah yang lain untuk hadir beraksi di dalam produksi di Semenanjun­g tidak semestinya Skop Production­s sahaja. Semoga 2018 membuka mata kita untuk mempamerka­n kreativiti berkarya kerana Marlin sudah memberi contoh pada sanubari para karyawan Sabah. RTM akan sentiasa membuka peluang dan ruang pada orang-orang kreatif di Sabah.

Marlin selayaknya diberi jolokan Marlon Brando sepelas membuktika­n penampilan­nya dalam Gerak Khas 2018. Apa yang paling penting, dia memuaskan hati sang sutradara Datuk Yusoff Haslam. Akhirnya Marlin ditawarkan dua episod lagi siri Gerak Khas dalam judul Sophia episod 11 dan 12.

Saya menerima telefon daripada dua rakan produksi selepas mereka menonton siri akhir dengan memberitah­u yang mereka menamakan Marlin sebagai ‘Marlin Brando’.

Saya ketawa terbahakba­hak. Dalam pada itu, saya teringat rakan baik Sabah Bung Omar Ismail, Din Sabah dan Atai Jabbat. Tiga nama insan seni bertaraf Cinematogr­apher (DOP) yang telah lama menabur bakti mereka di Semenanjun­g. Sabah boleh bah!!! - Artikel sumbangan KAMAL ISHAK

 ??  ?? MARLIN (kiri) yang dijoloki Marlin Brando berlakon di samping Samsyul Yusof.
MARLIN (kiri) yang dijoloki Marlin Brando berlakon di samping Samsyul Yusof.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia