Utusan Borneo (Sabah)

Percintaan lucu dalam ‘Boss & Me’ isi slot Golden Phoenix di TV2

-

KISAH seorang bos yang kaya raya bertemu dan jatuh cinta dengan gadis biasa dan miskin, walaupun ia agak klise ia masih mempunyai getaran sendiri yang menjadikan­nya unik dan istimewa.

Plot cerita komedi romantis yang disulami kisah cinta tiga segi dan terdapat penampilan wanita kedua yang anda akan benci juga kedengaran biasa. Ditambah pula dengan masalah perniagaan atau isu keluarga yang turut diselitkan.

Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan drama Mandarin popular sekitar tahun 2014 adaptasi novel internet terkenal Gu Man bertajuk ‘Boss & Me’ yang kini sedang bersiaran mengisi slot Golden Phoenix di TV2.

Bersiaran menemui penonton setiap Isnin hingga Jumaat, jam 5.00 petang, anda pastinya teruja dengan kisah cinta antara bos dengan pekerjanya disebabkan pengorbana­n yang pernah dilakukan wanita itu terhadap adiknya.

Ia bercerita tentang seorang gadis muda bernama Xue Shan Shan lakonan Zhao Li Ying yang bekerja di sebuah perusahaan terkenal. Xue Shan Shan sangat menyukai makanan hingga membuat berat badannya semakin hari semakin bertambah.

Sementara itu Feng Teng dibawakan wataknya oleh Zhang Han merupakan bos muda yang kaya raya.

Dia mempunyai seorang adik bernama Feng Yue yang memiliki darah jenis yang menyukarka­nnya menerima darah orang lain. Kebetulan Xue Shan Shan mempunyai jenis darah yang sama dengan Feng Yue.

Rasa terhutang budi dan ingin membalas segala kebaikan Xue Shan Shan yang telah mendermaka­n darahnya kepada Feng Yue, maka Feng Teng cuba untuk berbaik-baik dengan Xue Shan Shan.

Dia mengambil keputusan menghantar makanan tengah hari kepada gadis itu setiap hari. Apatah lagi bila mengetahui nafsu makan Xue Shan Shan bertambah setelah menjalani proses derma darah tersebut.

Sejak itu setiap hari dia curi-curi memandang gelagat Xue Shan Shan yang sangat menikmati makanan. Tanpa disedari tindakanny­a itu membuatkan Feng Teng semakin hari mula menyukai Xue Shan Shan dalam diam.

Gelagat Xue Shan Shan yang begitu comel dan bersahaja membuatkan­nya tertarik hari.

Begitu pun malangnya dia takut untuk berterus-terang tentang perasaanny­a kepada Xue Shan

Shan. Takut cintanya ditolak gadis itu.

Lalu bagaimana kisah selanjutny­a? Diselangse­likan dengan adegan lucu, romantis, dan sedih, ikuti kesudahan siri 33 episod ini.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

 ??  ?? BABAK romantis dalam siri ini.
BABAK romantis dalam siri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia