Utusan Borneo (Sabah)

Penerbanga­n baharu Beijing-KK peluang tarik pelancong China

Xiamen Airlines perkenal penerbanga­n baharu Beijing-Kota Kinabalu

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Syarikat penerbanga­n Xiamen Airlines memilih Sabah sebagai destinasi antarabang­sa pertama untuk laluan Beijing-Kota Kinabalu.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, laluan penerbanga­n baharu itu membuka satu lagi peluang besar kepada Malaysia untuk meningkatk­an ketibaan pelancong dari China.

Pada masa sama katanya, Sabah dapat memanfaatk­an ketibaan pelancong China dari kawasan utara memandangk­an setakat ini lebih ramai pelancong datang dari kawasan selatan.

“Permulaan perkhidmat­an penerbanga­n antara BeijingKot­a Kinabalu ini secara langsung akan membuka lembaran baharu kepada perkembang­an industri pelanconga­n di Malaysia khususnya di Sabah.

“Pemilihan Kota Kinabalu sebagai destinasi antarabang­sa pertama dari Beijing menunjukka­n hubungan kerjasama yang baik antara China dan negara ini.

“Ini juga masa yang terbaik dalam konteks pelanconga­n antara kedua-dua negara yang amat berminat dalam meningkatk­an usaha yang menguntung­kan,” jelasnya.

Beliau bekata demikian pada sidangmedi­asempenake­tibaan pesawat Xiamen Airlines dari Beijing di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini pada Selasa.

Masidi berkata, tahun lepas Sabah mencatatka­n ketibaan pelancong dari China lebih 400,000 orang.

Jumlah berkenaan jelasnya, mencatatka­n peningkata­n 15.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar Xiamen Airlines Ou Dong Ying berkata, Xiamen Airlines sebelum ini memperkena­lkan penerbanga­n Fuzhou-Kota Kinabalu sejak Januari 2017.

Menurutnya, laluan penerbanga­n baharu itu diharapaka­nmenyumban­gkan perkembang­an yang baik kepada China.

Turut hadir, Duta Besar Malaysia ke China Datuk Zainuddin Yahya.

“Ini juga masa yang terbaik dalam konteks pelanconga­n antara kedua-dua negara yang amat berminat dalam meningkatk­an usaha yang menguntung­kan.

DATUK SERI PANGLIMA MASIDI MANJUN Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

 ??  ?? MASIDI (dua kanan) menerima cenderahat­i replika pesawat Xiamen daripada Ou (kanan) sambil diperhatik­an oleh Zainuddin (dua kiri).
MASIDI (dua kanan) menerima cenderahat­i replika pesawat Xiamen daripada Ou (kanan) sambil diperhatik­an oleh Zainuddin (dua kiri).
 ??  ?? PRAMUGARI Xiamen berpeluang beramah mesra dengan Masidi sebaik tiba di LTAKK.
PRAMUGARI Xiamen berpeluang beramah mesra dengan Masidi sebaik tiba di LTAKK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia