Utusan Borneo (Sabah)

Rogol sepupu, lelaki dipenjara 20 tahun, tiga sebat

Akibat rogol sepupu berusia 19 tahun

- Oleh CLARICE USOP

KOTAKINABA­LU: Seorang lelaki dikenakan penjara 20 tahun dan tiga sebat oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan merogol sepupunya.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh berusia 30 tahun yang tidak diwakili peguam, selepas menukar pengakuann­ya kepada bersalah.

Semasa melakukan kesalahan itu, tertuduh turut mencederak­an mangsa yang berusia 19 tahun pada waktu kejadian.

Kesalahan dilakukan pada 23 Mac tahun lalu antara jam 4 pagi hingga jam 6 pagi, di sebuah rumah kampung, daerah Tuaran.

Atas kesalahan itu, tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 376 (2) (a) Kanun Keseksaan dihukum mengikut Seksyen 376 (2) kanun sama. Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara antara tempoh 10 tahun hingga 30 tahun dan dikenakan sebatan.

Ainul memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap.

Mengikut fakta kes, mangsa membuatlap­oranpolisb­ahawa sepupunya sendiri (tertuduh) mengugut dan merogolnya.

Mangsa diugut dengan menggunaka­n sebilah pisau, sekiranya tidak menuruti kehendak tertuduh dia akan dibunuh.

Bertindak berdasarka­n maklumat, pada 23 Mac tahun lalu jam 1.15 petang, pihak polis yang dipandu arah olah mangsa menunjukka­n tempat kejadian.

Mangsa juga dirujuk ke hopsital bagi pemeriksaa­n awal oleh doktor pakar, hasilnya menunjukka­n terdapat koyakan lama dan lebam pada bahagian kemaluan mangsa.

Disamping itu mangsa turut mengalami kecederaan pada bahagian bibir dan kesan biru di leher.

Pada 27 Mac tahun lalu jam 1.45 petang, pihak polis berjaya menangkap tertuduh di rumahnya dan dibawa ke Balai Polis Tuaran untuk tindakan lanjut.

Kesalahan dilakukan pada 23 Mac tahun lalu antara jam 4 pagi hingga jam 6 pagi , di ” sebuah rumah kampung, daerah Tuaran.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia