Utusan Borneo (Sabah)

Kudat ‘pintu masuk’ empat Tapak Warisan Dunia

Perkhidmat­an feri Kudat dengan Palawan di Selatan Filipina

-

PERKHIDMAT­AN feri menghubung­kan Kudat - Palawan di Selatan Filipina, bakal menjadikan Kudat iaitu daerah paling utara di Sabah, sebagai ‘pintu masuk’ empat Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (Unesco) di Sabah, Sarawak dan Filipina.

Operasi perkhidmat­an feri yang sedia dilaksanak­an pada bila-bila itu akan membuka laluan kunjungan rakyat Filipina, Sabah, Sarawak dan wilayah Kalimantan, Indonesia ke Tapak Warisan Dunia Taman Kinabalu (Sabah), Gunung Mulu (Sarawak) dan Tubbataha Reefs Natural Park dan Puerto Princesa Subterrane­an River National Park (Palawan, Filipina).

Dengan adanya kemudahan perkhidmat­an feri itu juga, ia bukan sahaja menjadi pemangkin kepada pengembang­an industri pelanconga­n di Kudat malah akan membawa limpahan ekonomi lain dalam sektor pertanian, perikanan, makanan, perniagaan, perhotelan, kebudayaan dan pelbagai lagi.

“Memang orangorang sini menantikan pelancaran perkhidmat­an feri Kudat-Palawan ini. Kudat boleh menjadi pintu masuk ke Sabah, Sarawak, Brunei Darussalam dan Kalimantan, Indonesia. Perkhidmat­an feri ini boleh menggalakk­an pewujudan perjalanan dua hala Sabah dan Filipina,” kata Sapdin Ibrahim, Pegawai Daerah Kudat kepada Bernama.

Menurut Sapdin selain berkapasit­i membawa sehingga 270 penumpang pada satu-satu perjalanan, feri berkenaan juga boleh membawa 30 kereta dan 10 lori sekali gus memberi pilihan kepada rakyat Sabah dan Filipina sama ada untuk membawa kenderaan atau sebaliknya.

Malah katanya perkhidmat­an feri berkenaan juga akan membuka ruang kepada penggemar motosikal berkuasa tinggi dari kepulauan Borneo untuk melakukan penjelajah­an ke Selatan Filipina melalui Palawan hingga ke Manila melalui Kudat yang merupakan ibu negeri pertama Sabah (North Borneo Company).

Menurut Sapdin perkhidmat­an feri yang sudah sekian lama diperjuang­kan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tanjung Kapor Datuk Teo Chee Kang itu sememangny­a selari dengan agenda Kudat untuk menjadikan daerah itu sebagai ikon pelanconga­n bukan sahaja di Sabah dan negara ini malah serantau.

Katanya berdasarka­n prestasi Kudat dalam menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negara sejak tahun 2015, daerah itu dijangka dikunjungi antara 200,000 hingga 250,000 pelancong pada tahun ini.

Sapdin berkata pada tahun 2017, jumlah pelancong dalam dan luar negara berkunjung ke Kudat kira-kira 182,000 orang berbanding 128,000 pada tahun sebelumnya yang didorong oleh pelaksanaa­n dan penganjura­n lebih 50 program seperti dalam kalendar Tahun Melawat Kudat 2016/2017.

“Sememangny­a Kudat memiliki sumber alam semulajadi menarik yang berupaya menggamit kedatangan pelancong. Kudat memiliki banyak pantai yang cantik seperti Pantai Simpang Mengayau, Pantai Simpang Mengayau Baharu, Pantai Bak Bak, Pantai Kelambu, Pantai Pasir Hitam, Pantai Tanjung Bangau, Pantai Terongkong­an, Pantai Tindakon Dazang, Pantai Pulau Balambanga­n dan Pantai Maliangin.

“Tip of Borneo’ (hujung Pulau Borneo paling utara) di Simpang Mengayau pun di sini. Simpang Mengayau bukan sahaja cantik malah dipercayai memiliki banyak khazanah nilai sejarah termasuk kapal-kapal lama yang karam kawasan perairan berkenaan yang semestinya berpotensi jadi produk pelanconga­n khususnya untuk aktiviti selaman,” katanya.

Sapdin berkata Taman Marin Tun Mustapha seluas 898,762.76 hektar turut melibatkan daerah Kudat selain Kota Marudu dan Pitas yang merupakan taman laut terbesar di negara ini bakal menjadi destinasi menarik bagi peminat aktiviti selaman seperti dikecapi daerah Semporna.

Katanya pihaknya sudah memohon RM15 juta kepada kerajaan untuk menaik taraf Simpang Mengayau manakala Muzium Tun Mustapha dengan kos RM7 juta yang bakal menempatka­n bahanbahan sejarah Kudat dan pejuang kemerdekaa­n Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun kini dalam pembinaan.

“Kudat adalah antara lokasi sukan luncur ombak terbaik di Sabah. Kudat juga menawarkan produk pelanconga­n lain seperti kemudahan padang golf, pusat industri desa seperti lukisan batik dan pembuatan manik serta produk makanan seperti restoran makanan laut segar serta makanan berasaskan pertanian.

Menurutnya kepelbagai­an etnik yang terdapat di Kudat memberi ruang kepada pengunjung untuk menyaksika­n keunikan dan keindahan budaya dari aspek makanan, pakaian dan seni etnik-etnik berkenaan.

“Penduduk Kudat sudah bersedia menerima kehadiran pelancong ke Kudat. Kudat menyediaka­n kira-kira 500 bilik hotel, inap desa dan chalet kepada pelancong yang ingin bermalam di Kudat. Cuma kami galakkan penduduk Kudat agar membuka lebih banyak restoran makanan laut untuk kemudahan pengunjung,” katanya.

Sapdin yakin, masa depan sektor pelanconga­n di Kudat cerah lebih-lebih lagi apabila projek jalan pesisir Lebuhraya Pan Borneo dari Tuaran ke Simpang Mengayau yang dijangka bermula tahun depan serta cadangan pembinaan lapangan terbang di Sikuati, seperti termaktub dalam pelan pembanguna­n pelanconga­n Kudat, dilaksanak­an kelak. -Bernama

 ??  ??
 ?? GambarBern­ama ?? KEINDAHAN pantai yang bersih di Pantai Simpang Mengayau merupakan salah satu tarikan utama pelancong ke daerah Kudat.
GambarBern­ama KEINDAHAN pantai yang bersih di Pantai Simpang Mengayau merupakan salah satu tarikan utama pelancong ke daerah Kudat.
 ??  ?? PENGUSAHA pelanconga­n membina chalet baru di Simpang Mengayau bagi memenuhi permintaan pelancong yang semakin ramai.
PENGUSAHA pelanconga­n membina chalet baru di Simpang Mengayau bagi memenuhi permintaan pelancong yang semakin ramai.
 ??  ?? PANTAI Simpang Mengayau merupakan salah satu tarikan utama pelancong ke Daerah Kudat.
PANTAI Simpang Mengayau merupakan salah satu tarikan utama pelancong ke Daerah Kudat.
 ??  ?? SAPDIN menunjukka­n jeti yang baharu siap sedia memberi Perkhidmat­an feri menghubung­kan Kudat dan Palawan di Selatan Filipina.
SAPDIN menunjukka­n jeti yang baharu siap sedia memberi Perkhidmat­an feri menghubung­kan Kudat dan Palawan di Selatan Filipina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia