Utusan Borneo (Sabah)

Farid Kamil dibebas dengan ikat jamin

-

PELAKON dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas empat pertuduhan iaitu mendatangk­an cedera dan menggunaka­n kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis dan orang awam serta berkelakua­n tidak senonoh di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Khamis lepas.

Farid, 37, yang memakai baju-T kelabu, seluar jeans biru dan berselipar, mengaku tidak bersalah atas keempat-empat pertuduhan itu selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Suami kepada pelakon popular Datin Diana Danielle itu diiringi anggota polis dibawa ke bilik reman pada jam 10.40 pagi sebelum dibawa ke bilik bicara pada jam 11.24 pagi.

Turut hadir mengikuti prosiding di dalam bilik bicara adalah Diana serta dua adik lelaki Farid iaitu Dr Anis Anwar Zahari dan Fadzil Bahari Zahari yang merupakan suami kepada pelakon Yana Samsudin.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Farid didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecedera-an kepada Ashraf Ahmad, 35, seorang eksekutif akaun syarikat swasta dan seorang anggota polis, Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin, 24.

Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, pelakon itu didakwa menggunaka­n kekerasan jenayah terhadap Muhammad Nizam dengan niat menghalang tugas polis.

Dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau keduaduany­a, jika sabit kesalahan.

Bapa kepada sepasang anak berusia 5 tahun dan 3 tahun itu turut didakwa berkelakua­n tidak senonoh di dalam balai polis dengan mengeluark­an perkataan kurang sopan kepada Muhammad Nizam dan didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang membawa hukuman denda maksimum RM500 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia dituduh melakukan semua kesalahan itu di Kaunter Pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara, Petaling, di sini pada pukul 1.20 tengah hari, 11 Jan lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Fazeedah Faiq menawarkan wang jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin namun peguam Athari Bahardin memohon jumlah itu dikurangka­n dengan alasan Farid berpendapa­tan tidak menentu selain perlu menyara isteri, dua anak serta ibu bapa yang sudah tua dan tidak bekerja.

Mahkamah membenarka­n Farid diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Mac untuk sebutan semula kes.

Dalam kejadian Khamis lepas, pelakon itu dilaporkan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.

Terdahulu sebaik prosiding selesai, Farid dibawa keluar ke lokap melalui pintu dari dalam bilik bicara dan Diana yang memakai baju kurung dilihat turut menggunaka­n pintu sama untuk keluar dan mengelak bertemu dengan wartawan yang menunggu di luar pintu utama.

Kira-kira jam 12 tengah hari, Diana yang menutup mukanya dengan kipas tangan dilihat tergesa-gesa meninggalk­an mahkamah menaiki kenderaan pacuan empat roda dipandu pembantu peribadiny­a.

Terdahulu, di luar mahkamah, Farid sempat memberitah­u wartawan bahawa dia sangat gembira dan bersyukur dengan kehadiran isterinya.

“Saya sayang keluarga saya, saya rindukan anakanak saya...saya sangat gembira isteri saya datang hari ini, saya sayang Diana,” katanya. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA: Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas empat pertuduhan termasuk mendatangk­an cedera dan menggunaka­n kekerasan jenayah Khamis lepas.
— Gambar Bernama DIDAKWA: Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas empat pertuduhan termasuk mendatangk­an cedera dan menggunaka­n kekerasan jenayah Khamis lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia