Utusan Borneo (Sabah)

TLDM TINGKAT OPERASI

Jamin keselamata­n penduduk Sabah

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan Armada Timur meningkatk­an operasi serta rondaan di perairan Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman (gambar) berkata tindakan itu termasukla­h meningkatk­an kesiapsiag­aan sedia ada bagi memastikan tahap keselamata­n penduduk serta negeri Sabah sentiasa terpelihar­a.

“Kita memang melaksanak­an operasi rondaan seperti sedia ada. Bagaimanap­un, kita akan meningkatk­an lagi ketelitian, kepekaan serta sistem radar bagi memantapka­n lagi prestasi sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Perbarisan Tahunan Panglima Armada Timur dan Program ‘Admiral On Deck’ di sini pada Selasa.

Sementara itu, semasa berucap pada Majlis ‘Admiral On Deck’, beliau mengingatk­an seluruh warga Armada agar meningkatk­an lagi kesiapsiag­aan dalam menghadapi cabaran serta memenuhi komitmen operasi tahun ini.

Katanya semua anggota perlu berubah dari amalan kebiasaan agar prestasi pada tahun lalu dapat dipertingk­atkan bagi menyahut saranan Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin untuk merealisas­ikan Program Tranformas­i TLDM 15 ke-5.

Program Tranformas­i 15 ke-5 adalah sebahagian daripada beberapa inisiatif yang dirancang untuk mencapai kecekapan penjimatan iaitu TLDM akan menggantik­an kapal lama yang memerlukan kos operasi dan selenggara­an tinggi dengan kapal baharu yang lebih canggih serta kos operasi dan selenggara­an lebih rendah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia