Utusan Borneo (Sabah)

3.6 juta rakyat Malaysia belum daftar sebagai pemilih

-

PUTRAJAYA: Sejumlah 3.6 juta rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih setakat September tahun lepas, kata Setiausaha Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh.

Beliau berkata pemilih dalam Daftar Pemilih sehingga suku ketiga 2017 adalah seramai 14.8 juta orang.

“Untuk tempoh pendaftara­n pemilih suku keempat tahun lepas, SPR menerima 212,042 pendaftara­n pemilih baharu dan 72,998 permohonan untuk pertukaran alamat bahagian pilihan raya,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Katanya, Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi Suku Tahun 4/2017 akan dipamerkan selama 14 hari mulai hari ini sehingga 30 Jan ini di 961 tempat pameran di seluruh negara.

Sepanjang tempoh pameran berlangsun­g, pemohon yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih baharu atau menukar alamat bahagian pilihan raya pada Oktober, November dan Disember tahun lalu dinasihatk­an untuk menyemak, katanya.

Bagi permohonan pendaftara­n baharu, pemohon yang mendapati namanya tidak tersenarai dalam Rang DPT itu boleh membuat tuntutan dengan menggunaka­n Borang B dan menyerahka­n kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftara­n yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja dalam tempoh pameran Rang DPT itu, katanya.

Katanya, bagi pemilih-pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang DPT Suku Tahun 4/2017 di satu-satu bahagian pilihan raya, mereka boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang C.

A b d u l G h ani berkata seorang pembantah boleh membantah tidak melebihi 20 orang selaras dengan Peraturan 15 (3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftara­n Pemilih) 2002.

“Bantahan hendaklah dikemukaka­n kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftara­n yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja dalam tempoh pameran Rang DPT Suku Tahun 4/2017,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia