Utusan Borneo (Sabah)

Pemilik restoran rugi ditipu pelanggan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Seorang pemilik restoran di Bandar Sri Perdana, di sini, diperdaya pelanggan yang membuat pesanan makanan melalui telefon hingga kerugian termasuk RM600.

Mangsa, tukang masak di restoranny­a itu, diperdaya pelanggan yang membuat pesanan makanan berjumlah RM826 pada Isnin kira-kira jam 1 petang.

Kira-kira 10 minit selepas panggilan pesanan dibuat, mangsa dihubungi pelanggan itu dengan memintanya memasukkan wang RM600 ke sebuah akaun bank dan berjanji akan membayarny­a bersana bil makanannya.

Kira-kira jam 2 petang mangsa dihubungi dan kali ini dia meminta mangsa memberinya RM800 namun ditolak kerana dia sibuk menyediaka­n pesanan pelanggan.

Ketika membuat penghantar­an makanan di sebuah hotel, mangsa dihubungi pelanggan yang memarahiny­a kerana belum memasukkan wang RM800 ke dalam akaun bank pelanggan terbabit.

Pelanggan juga memberitah­u tidak mahu membayar bil makanan yang dipesannya termasuk RM600 yang diminta sebelumnya.

Mangsa yang turut menerima ugutan dicederaka­n melalui SMS kemudianny­a membuat laporan polis.

Naib Presiden Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah Datuk Nagaraju Appalasamy menasihatk­an orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan modus operandi penjenayah.

“Orang ramai janganlah dengan mudah percaya pada pelanggan seperti dalam kes ini, yang bukan sahaja merugikan tetapi tidak logik kerana mangsa dan suspek tidak pernah berjumpa atau mempunyai hubungan rapat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia