Utusan Borneo (Sabah)

Upko sambut baik penubuhan Pasukan Sukarelawa­n Skuad Tangan Bersalaman

- Oleh JOHN TAMBANAN

PENAMPANG: Jawatankua­sa Bencana Alam Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko) Penampang menyambut baik penubuhan Pasukan Sukarelawa­n Skuad Tangan Bersalaman, diilhamkan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din.

Pasukan itu bertujuan mewujudkan kolaborasi antara PDRM dan orang awam, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu untuk bersama-sama menjadi sukarelawa­n yang boleh dipanggil pada bila-bila masa bagi melakukan kerja amal semasa berlakunya bencana alam.

Pengerusi Bencana Alam Upko Ceasar Mandela Malakun telah mengambil inisiatif dengan menjemput badan NGO terdiri Juniors Chambers Internatio­nal Lintas (CP Daniel HoongPuvok) dan Lions Club of Kota Kinabalu Centennial (CP Vivian Lee) untuk berganding bahu dengan PDRM Penampang sekiranya berlakunya bencana alam.

Beliau berkata, adalah penting bagi semua lapisan masyarakat menghulurk­an bantuan kepada mangsa bencana alam kerana kekuatan satu pihak saja tidak mencukupi.

“Adalah diharapkan agar lebih ramai yang akan menyertai pasukan sukarelawa­n ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengetuai ahli jawatankua­sa Biro Bencana Alam Upko Penampang mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Daerah Penampang yang baharu, DSP Mohd Haris Ibrahim, di IPD Penampang.

Kunjungan hormat itu turut dihadiri ahli jawatankua­sa JCI Lintas dan Lions Centennial.

Mohd Haris mengalualu­kan usaha murni berkenaan dan berharap sukarelawa­n akan sentiasa siap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkina­n.

 ??  ?? MANDELA (duduk, tiga depan) dan Mohd Haris (duduk, empat dari kiri) bergambar kenangan dengan AJK Bencana Alam Upko Penampang, JCI Lintas dan Lions Centennial serta para pegawai kanan PDRM Penampang.
MANDELA (duduk, tiga depan) dan Mohd Haris (duduk, empat dari kiri) bergambar kenangan dengan AJK Bencana Alam Upko Penampang, JCI Lintas dan Lions Centennial serta para pegawai kanan PDRM Penampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia