Utusan Borneo (Sabah)

Gen Baru LDP sasar orang muda untuk kesedaran politik

-

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) telah meluluskan usul semasa mesyuarat baru-baru ini untuk menubuhkan Pergerakan Generasi Baru (Gen Baru), diketuai ketua protem Eric Lau.

Gen Baru berhasrat untuk menyasarka­n golongan muda berusia 18 hingga 30 tahun.

Menurut Eric, objektif Gen Baru adalah untuk memberikan kesedaran kepada generasi baharu mengenai landskap politik terkini dan menyediaka­n landasan untuk menunjukka­n bakat serta mengemukak­an pandangan mereka.

“Kita telah mengkaji dan mendapat pemahaman mendalam mengenai isu melibatkan masyarakat dan negara kita,” katanya ketika memberi taklimat kepada Presiden LDP Datuk Seri Teo Chee Kang mengenai kemajuan penubuhan Gen Baru, di sini.

Turut hadir, Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin, Setiausaha Agung Senator Datuk Yong Wui Chung, Ketua Pegawai Publisiti Albert Kok dan Setiausaha Penganjur Peter Chong.

Eric berkata, penglibata­n orang muda dalam politik seharusnya dialukan dan digalakkan­bagimember­iruang kepada mereka mengutarak­an pandangan.

“Pandangan yang dikemakaka­n oleh generasi muda rakyat Malaysia hendaklah diberikan secara seimbang dan dilihat serius,” katanya dan berharap Gen Baru dapat menyediaka­n landasan yang terbaik kepada generasi muda untuk bercakap dan mengutarak­an pandangan.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada Teo dan Yong kerana memberikan sokongan kuat dan pandangan berguna kepada penubuhan Gem Baru.

“Dengan adanya sokongan daripada kepimpinan parti dan bimbinganp­ergerakanp­emuda serta wanita, saya percaya Gen Baru akan berkembang dan tumbuh lebih kuat dari semasa ke semasa,” katanya.

Semantara itu, Eric berkata Gen Baru akan menganjurk­an beberapa aktiviti tahun ini bagi menyediaka­n peluang kepada golongan belia mengetenga­hkan bakat mereka dan memperoleh­i kepimpinan serta kemahiran berpasukan.

“Kita mengalu-alukan orang muda yang berminat untuk menyertai pasukan ini,” katanya.

Jawatankua­sa protem Pergerakan Gen Baru LDP ialah Alvin Saw (timbalan ketua), Quincy Poong dan Mok Chuan Kun (naib ketua), Eva Lee (setiausaha), Chloe Wong (penolong setiausaha), Ko Pui Ling (bendahari), Irvin Thien (penolong bendahari), Pius Lee (pegawai publisiti) dan Sammie Yew (penolong pegawai publisiti) manakala jawatankua­sa terdiri daripada Joseph Kong, Belson Chok, Andrew Lim dan Theodore Poong.

 ??  ?? ERIC (tujuh dari kiri) dan jawatankua­sa Gen Baru LDP bergambar kenangan bersama Teo (tengah), Chin (lapan dari kiri), Yong (lapan dari kanan) dan Albert (enam dari kiri).
ERIC (tujuh dari kiri) dan jawatankua­sa Gen Baru LDP bergambar kenangan bersama Teo (tengah), Chin (lapan dari kiri), Yong (lapan dari kanan) dan Albert (enam dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia