Utusan Borneo (Sabah)

Pitas perlu mempunyai sebuah bank

-

PITAS: Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Bolkiah Haji Ismail berkata, daerah ini yang kini pesat membangun perlu mempuntai institusi perbankan bagi memudahkan urusan rakyat.

Katanya, sebuah bank yang sudah meletakkan mesin ATM di pintu masuk Hospital Daerah Pitas barubaru ini berhasrat untuk menarik balik mesin itu.

Iaakanmemb­uatkanraky­at di daerah ini menghadapi pelbagai masalah dalam soal pengeluara­n wang tunai. Mereka terpaksa pergi ke Kota Marudu sejauh 60km atau daerah lain seperti Kudat dan Kota Belud yang lebih jauh semata-mata mahu mengeluark­an wang.

“Terdapat banyak bank di negeri ini yang sepatutnya membuka cawangan di Pitas memandangk­an daerah ini mempunyai puluhan ribu penduduk,” katanya.

“Sehubungan itu, sebagai wakil rakyat daerah ini, saya memohon kepada kerajaan agar membuka jalan bagi pewujudan sebuah bank di daerah ini bagi memudahkan rakyat berurus niaga dan menjadikan Pitas sebuah daerah yang maju serta berdaya saing dalam bidang ekonomi,” katanya.

Bolkiah yang juga ketua Umno Bahagian dan pengerusi BN Parlimen Kudat berkata demikian selepas melawat mesin ATM Bank Rakyat di pintu masuk Hospital Daerah Pitas.

Beliau berterima kasih kepada Bank Rakyat kerana melupakan hasrat untuk menutup perkhidmat­an mesin ATM di hospital berkenaan.

Hadir sama, Pegawai Seranta merangkap Ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Kudat Abdul Hamid Kimin.

 ??  ?? BOLKIAH (tengah) dan Hamid (kiri) bersama seorang wanita dari Kg Saab Dandun yang baru saja mengeluark­an wang tunai dari mesin ATM Bank Rakyat di pintu masuk Hospital Pitas.
BOLKIAH (tengah) dan Hamid (kiri) bersama seorang wanita dari Kg Saab Dandun yang baru saja mengeluark­an wang tunai dari mesin ATM Bank Rakyat di pintu masuk Hospital Pitas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia