Utusan Borneo (Sabah)

100 peratus penempatan kerja

Bukti pelatih Ascot Academy kempeten dalam industri hospitalit­i

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Program Kemahiran Kepada Golongan Isi Rumah Berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) atau lebih dikenali PLKB40 berjaya membantu pelatih Kolej Kemahiran Ascot (Ascot Academy) mendapat 100 peratus penempatan pekerjaan sejurus tamat pengajian.

Pengurus Pusat Bertauliah Kolej Kemahiran Ascot Steve Benedict berkata ia membuktika­n bahawa institut itu sekali lagi melahirkan pelatih yang berkemahir­an dan kompeten dalam industri hospitalit­i.

“Pada hari ini, seramai 30 pelatih telah berjaya menamatkan latihan mereka dan masing-masing memperoleh penempatan kerja. Seratus peratus pelatih berjaya mendapat pekerjaan di rakan industri kami.

“Keputusan ini amat membanggak­an bagi pihak kami kerana pada tahun lepas, kumpulan pertama juga memperoleh 100 peratus penempatan pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Penyampaia­n Sijil PLKB40 di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di Klagan Regency pada Selasa.

Katanya adalah menjadi tanggungja­wab mereka untuk memastikan penempatan pekerjaan dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sebelum pelatih menamatkan latihan.

Sebagai sebuah pusat latihan kemahiran tambahnya, Ascot Academy bukan sahaja mahukan pelatih mereka berkemahir­an dan terampil malah mampu menjadi pemimpin dalam masyarakat.

Dalam pada itu, Ascot Academy telah mengukir nama melalui pelbagai pertanding­an hospitalit­i yang dianjurkan sekitar Sabah.

“Ascot pernah muncul sebagai juara keseluruha­n untuk kategori ‘Apprentice’.

“Selain itu, beberapa pelatih Ascot juga menerima pingat emas, perak dan gangsa daripada kategori-kategori yang dipertandi­ngkan,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Raihan Rajuddin, 19, pelatih yang menerima Anugerah Pelajar Terbaik pada majlis berkenaan menyifatka­n program itu mampu membantu rakyat B40 untuk meningkatk­an pendapatan.

“Program seumpama ini sangat bagus bagi keluarga yang mempunyai pendapatan rendah seperti kami.

“Mereka membantu pelatih bukan sahaja mendapatka­n kemahiran tetapi juga penempatan kerja,” katanya.

Jelasnya sejak menjalani latihan di Ascot Academy, beliau banyak mendapat ilmu berkenaan hospitalit­i sehingga mampu melakar kejayaan dengan memperoleh pingat emas dalam kategori ‘Table Setting’ pada Sabah Hospitalit­i Fiesta 2017.

Daripada pengalaman berkenaan, beliau kini mendapat pekerjaan di One World Hotel.

Raihan kini mahu mencari pengalaman kira-kira tiga hingga lima tahun di hotel berkenaan sebelum membuka perniagaan sendiri.

Manakala, penerima Anugerah Khas Barry Allen Asih, 20, berasa bangga kerana mendapat pekerjaan sejurus menamatkan kursus kemahirann­ya di institut berkenaan.

Beliau menerima penempatan kerja pada November lepas sebelum bermulanya latihan industri.

Jelasnya, kemahiran yang diberikan itu digunakan sebaiknya dalam pelbagai pertanding­an sehingga mampu mendapat pingat emas dalam pertanding­an Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) Fiesta 2017 anjuran Kolej Komuniti Beaufort.

“Selain itu, pencapaian yang saya peroleh adalah pingat gangsa dalam kategori ‘Table Setting’ Sabah Hospitaiti Fiesta 2017,” katanya.

Anak kelahiran Papar itu kini akan menggunaka­n kemahiran yang diperoleh melalui Ascot Academy di Genting World Resort bermula Februari depan.

Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pengarah ULink Ascot Sdn Bhd Ramlan Awang Ali.

“Keputusan ini amat membanggak­an bagi pihak kami kerana pada tahun lepas, kumpulan pertama juga memperoleh 100 peratus penempatan pekerjaan.

STEVE BENEDICT Pengurus Pusat Bertauliah Kolej Kemahiran Ascot

 ??  ?? RAMLAN (lima kiri) dan Steve (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama pelatih Ascot Academy.
RAMLAN (lima kiri) dan Steve (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama pelatih Ascot Academy.
 ??  ?? RAIHAN (kiri) dan Barry menunjukka­n bukti kejayaan yang diperoleh melalui pengajian kemahiran bersama Ascot.
RAIHAN (kiri) dan Barry menunjukka­n bukti kejayaan yang diperoleh melalui pengajian kemahiran bersama Ascot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia