Utusan Borneo (Sabah)

146 tuduhan ubah wang haram: Perbicaraa­n terhadap Teo diketahui 30 Jan

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Perbicaraa­n terhadap bekas timbalan pengarah Jabatan Air Sabah akan diketahui pada 30 Januari di Mahkamah Sesyen di sini, atas 146 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram kira-kira RM32 juta.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu terhadap Teo Chee Kong, 52, sementara menunggu pihak pendakwaan dan pembelaan menyerahka­n hujahan masing-masing.

Terdahulu, Timbalan Pendakwara­ya Amir Zaki TengkuAbdu­lRahimdari­pada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), memohon agar kes berkenaan dibicaraka­n bersama dengan kes tiga lagi individu lain.

Kes berkenaan melibatkan bekas Pengarah Jabatan Air Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 55, dan isterinya Fauziah Piut, 52, serta Lim Lam Beng@ Lim Chee Hong, 63, yang didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM61.48 juta.

Peguam Roland Cheng berkata, pihaknya baharu menerima dokumendok­umen yang terlibat daripada pihak pendakwaan.

Bagaimanap­un beliau juga memerlukan rekod video litar tertutup serta buku rekod kemasukan dan keluar anak guamnya dari lokap, dalam tempoh tujuh hari bermula Selasa.

Roland yang juga bersama peguam Ram Singh dan Nelson Anggang, berkata setelah meneliti pertuduhan­pertuduhan bagi ketiga-tiga individu terbabit, pihaknya mengekalka­n bantahan dibicaraka­n bersama.

Oleh itu, Abu Bakar menetapkan pada 19 Januari bagi pihak pendakwaan menyerahka­n hujahan mereka, manakala balasan daripada pihak pembelaan pada 25 Januari.

Tertuduh berhadapan 78 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Teo didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memiliki 70 bidang tanah, hasil daripada aktiviti haram.

Kesalahan dilakukan antara 14 Februari 2006 hingga 19 Ogos 2014, di Pejabat Tanah Daerah Beaufort, Pejabat Tanah Daerah Kota Kinabalu, Jabatan Tanah Daerah Penampang, Pejabat Tanah Daerah Papar serta Pejabat Tanah dan Ukur Sabah Jalan Perwira, di sini.

Jjika sabit kesalahan, denda tidak kurang daripada RM5 juta atau penjara selama tempoh lima tahun, atau dengan kedua-duanya sekali.

Sebanyak 68 pertuduhan didakwa terhadap tertuduh mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Tertuduh didapati memiliki wang tunai hasil daripada aktiviti haram, pada 4 Oktober hingga 4 November 2016.

Kesalahan dilakukan di Jalan Lintas, Pejabat Jurutera Air Bahagian Kota Kinabalu, Alliance Bank Sinsuran, CIMB Bank Berhad Jalan Sagunting, Affin Bank Berhad, Public Bank Berhad, Maybank cawangan Jalan Perpaduan, Hong Leong Bank Lintas, di sini serta Jabatan Organisasi dan Kaedah Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur.

Jika sabit kesalahan penjara maksimum 15 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai hasil daripada aktiviti haram, atau RM5 juta mengikut mana-mana lebih tinggi.

Kini Teo dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1.5 juta deposit RM500,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.-

 ??  ?? TEO keluar dari kamar mahkamah selepas prosiding.
TEO keluar dari kamar mahkamah selepas prosiding.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia