Utusan Borneo (Sabah)

Polis Kudat fokus program untuk sekolah

- Oleh JOHAN AZIZ

KUDAT: Ketua Polis Daerah Superinten­dan Douglas Nyeging Taong menekankan bahawa Ibu Pejabat Polis Daerah ini akan memberi fokus kepada sekolah-sekolah di daerah ini dalam program pencegahan jenayah terutama sekali dadah.

Katanya, ia sebagai langkah awal yang dibuat oleh polis dalam mencegah pelajar terlibat dalam penyalahgu­naan dadah.

“Kita tidak ingin mereka terjebak dengan dadah yang boleh merosakkan masa depan mereka dan juga keluarga,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo pada Isnin.

Menurut beliau, rekod polis sepanjang tahun lalu mencatatka­n seramai lapan pelajar terlibat dalam pelbagai kesalahan dadah.

Katanya, ia amat membimbang­kan dan pihak polis akan memfokuska­n programnya ke sekolahsek­olah pada tahun ini untuk membendung kegiatan dadah dan lain-lain gejala sosial tidak sihat dalam kalangan pelajar.

Terdahulu, ketika melancarka­n Jom Ke Sekolah, Amalan Guru Penyayang dan Mentor Mantee di SK Pekan Kudat II di pada Isnin, Douglas berkata program itu adalah mengukuhka­n kerjasama polis dengan pihak sekolah dalam menangani isu salahlaku pelajar selain memberi motivasi supaya mereka sentiasa berusaha untuk berjaya.

Katanya, program itu lebih memberi motivasi mengenai jenayah salahlaku dan dadah kepada murid-murid di sekolah itu.

“Saya juga meminta guruguru menerapkan nilainilai murni bagi melahirkan murid yang lebih beretika dan bertanggun­gjawab.

“Saya juga memberi jaminan akan sentiasa bekerjasam­a dengan pihak sekolah dalam apa juga perkara termasuk bersedia hadir untuk memberikan ceramah berhubung kes jenayah salahlaku pelajar dan penyalahgu­naan dadah,” katanya.

Program yang diadakan di dewan terbuka sekolah itu telah dihadiri seramai 950 pelajar termasuk Guru Besar Haji Zamanhuri Haji Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Norsiah Hassan dan Penolong Kanan Kokurikulu­m Hisyam Abdul Jale.

 ??  ?? DOUGLAS bersama Zamanhuri, pegawai-pegawai kanan polis, guru-guru dan murid-murid bergambar ramai selepas program itu.
DOUGLAS bersama Zamanhuri, pegawai-pegawai kanan polis, guru-guru dan murid-murid bergambar ramai selepas program itu.
 ??  ?? DOUGLAS berkenalan dan bermesra dengan murid-murid sebaik tiba di sekolah itu.
DOUGLAS berkenalan dan bermesra dengan murid-murid sebaik tiba di sekolah itu.
 ??  ?? DOUGLAS (kanan) bersama Zamanhuri (dua kiri) melancarka­n program itu.
DOUGLAS (kanan) bersama Zamanhuri (dua kiri) melancarka­n program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia