Utusan Borneo (Sabah)

Peguam tarik diri wakili Ag Mohd Tahir dan isteri

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Peguam P.J Perira menarik diri daripada mewakili bekas pengarah Jabatan Air Sabah dan isterinya, yang didakwa bersama seorang lagi atas pertuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM61.48 juta.

Sebelum ini, P.J Perira yang turut dibantu peguam Hairul Vaiyron dan Ariel Dasan, mewakili Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 55, dan Fauziah Piut, 52, yang didakwa bersama Lim Lam Beng@Lim Chee Hong, 63.

Beliau mengatakan akan memberikan dua keping CD yang mengandung­i 1,403 dokumen kepada peguam baharu Marcel Jude Joseph yang mewakili kedua-dua tertuduh.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwara­ya Amir Zaki Tengku Abdul Rahim tidak menyatakan apa-apa bantahan.

Mahkamah mengekalka­n tarikh perbicaraa­n terhadap kedua-dua tertuduh pada 21 hingga 23 Februari, disamping ikat jamin dilanjutka­n.

Ag Tahir didakwa atas 11 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, kerana memiliki harta berjumlah RM56.9 juta dalam bentuk wang dan simpanan, sebanyak 86 jam tangan dan beberapa kereta mewah.

Semua kesalahan itu dilakukan di pejabat bekas pengarah Jabatan Air, Graceville di Sembulan, bank OCBC dan UOB, Kingfisher Sulaman, di sini pada 4 Oktober hingga 4 November tahun lalu.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (a) akta sama, atas pertuduhan terlibat dalam transaksi haram melibatkan RM14,000 yang diserahkan kepada Cristine Fiona M Ponsoi, di Puncak Luyang Condo, pada 4 Oktober tahun lalu.

Manakala, Fauziah menghadapi 19 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) akta sama, kerana memiliki wang tunai sebanyak RM2.2 juta dan juga simpanan.

Kesalahan itu dilakukan di Townhouse Graceville Sembulan, Bank Islam, CIMB, Bank Rakyat, dan Menara PNB di Kuala Lumpur, pada 4 Oktober hingga 4 November tahun lalu.

Mereka juga didakwa bersama atas dua pertuduhan memiliki barangan kemas, barangan perhiasan mewah, pada 4 Oktober tahun lalu di Graceville Sembulan, yang mana didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Lim didakwa atas empat pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) akta sama, yang didapati dilakukan pada 13 Oktober hingga 8 November tahun lalu, di pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan UMS dan di sebuah rumah Jalan Penempatan, di sini.

Marcel dibantu peguam Nurul Rafeeqa Abd Mutalip.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia