Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki mempunyai tiga rekod jenayah ditangkap

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Polis memberkas seorang lelaki tempatan yang mempunyai tiga rekod kes jenayah dan baru dibebaskan dari penjara kerana disyaki terlibat kes curi kenderaan di tapak letak kereta di sebuah gereja di Nambayan, Tambunan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Ahmad Jawila berkata, suspek dipenjara selama enam bulan pada 2014 atas kesalahan memiliki barang curi, manakala kesalahan kedua mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dipenjara selama empat bulan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah, suspek dipenjara tiga tahun pada 2015.

Menurut beliau, suspek antara tiga lelaki ditangkap membabitka­n kes curi kenderaan dan pecah rumah di daerah Tambunan pada 8 dan 14 Januari lalu.

“Dengan tertangkap­nya ketiga-tiga suspek ini, polis berjaya menyelesai­kan sekurang-kurangnya enam kes jenayah harta benda di Tambunan sejak bulan November 2017 hingga hari ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini pada Selasa.

Ahmad berkata, dalam kes curi kenderaan di tempat letak kereta di sebuah gereja di Kampung Nambayan Tambunan, polis menangkap suspek lelaki berumur 24 tahun selepas menerima aduan pengadu seorang guru perempuan berumur 30 tahun.

Katanya, pengadu membuat laporan polis pada 14 Januari jam 4.08 petang, yang mengadu kereta Perodua Myvi warna putih miliknya telah hilang di tempat letak kereta di gereja berkenaan.

Siasatan awal polis mendapati pengadu ke gereja sekitar jam 7.30 pagi dalam keadaan kereta berkunci dan mendapati kenderaann­ya hilang pada jam 9.30 pagi selepas sembahyang.

“Bertindak atas makluman awal dan hebahan daripada gerakan Keningau, kirakira jam 11 pagi hari yang sama, kenderaan itu telah berjaya ditemui oleh anggota Kenderaan Peronda Polis (MPV) Daerah Penampang di tepi jalan Kampung Moyog.

“Pegawai penyiasat dan pasukan operasi Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau telah dimaklumka­n dan ke lokasi kejadian untuk membuat siasatan, dan telah menemui pelbagai barangan dalam kenderaan itu disyaki barang curi,” katanya.

Ahmad berkata, bertindak atas maklumat orang awam, pada hari yang sama jam 3.30 petang, sepasukan anggota polis dari JSJ IPD Keningau diketuai oleh Inspektor Roning Mulut berjaya menangkap suspek yang bersembuny­i dalam sebuah rumah kerana disyaki terlibat dengan kes itu.

Katanya, barangan yang dirampas daripada suspek ialah sebuah kereta Perodua Myvi dan 30 jenis peralatan seperti kunci kenderaan Myvi, KIA, Toyota, Isuzu, Pesona, Suzuki serta beberapa kunci lain, MyKad, lesen memandu, bungkusan plastik mengandung­i picagari, pemutar skru, beg sandang, pendrive, memori kad telefon, simkad, micro SD dan rantai gelang.

Menurut beliau, suspek juga merupakan salah seorang yang terlibat dalam kes pecah masuk sebuah klinik kesihatan di Kampung Patau Tambunan pada 7 Januari dan di Kampung Lubong pada 28 Disember 2017.

Suspek juga didapati positif dadah syabu melalui saringan air kencing dan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek telah direman empat hari untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, dan boleh dihukum penjara selama satu hingga tujuh tahun serta boleh dikenakan denda,” katanya.

 ??  ?? AHMAD (tiga kanan) menunjukka­n kenderaan Perodua Myvi yang dirampas daripada suspek. Turut kelihatan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Keningau ASP Lee Nyuk Kim (dua kiri), Roning (kiri) dan pegawai lain.
AHMAD (tiga kanan) menunjukka­n kenderaan Perodua Myvi yang dirampas daripada suspek. Turut kelihatan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Keningau ASP Lee Nyuk Kim (dua kiri), Roning (kiri) dan pegawai lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia