Utusan Borneo (Sabah)

Bina hotel berkualiti jadi keutamaan kerajaan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Membina hotel yang berkualiti dan mempunyai reputasi baik menjadi keutamaan kerajaan negeri dalam menampung keperluan hotel di negeri ini.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (gambar) berkata, masalah kekurangan hotel di negeri ini sentiasa dititikber­atkan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, pihaknya memutuskan agar pembinaan lebih banyak bangunan hotel di Sabah dapat dipercepat­kan.

“Kita sedar masalah kekurangan hotel di Sabah. Namun pada masa sama, kita juga perlu membina hotel yang ada reputasi baik.

“Kerajaan memainkan peranan secara proaktif untuk menghasilk­an hotel yang berkualiti.

“Hotel yang berkualiti adalah penting dalam usaha kita untuk mengetenga­hkan keindahan Sabah,” katanya.

Beliau bekata demikian pada sidangmedi­asempenake­tibaan pesawat Xiamen Airlines dari Beijing di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini pada Selasa.

Menurutnya, selain aspek keindahan alam semulajadi, kualiti perkhidmat­an yang disediakan di hotel-hotel juga perlu diutamakan.

“Jika kita ada kualiti berkenaan, kita akan berada di tempat yang terbaik dalam menarik lebih ramai kedatangan pelancong.

“Selain itu, dalam tempoh beberapa bulan akan datang, dijangka sekitar 62 penerbanga­n sewa khas dari China tiba di Sabah.

“Justeru, kerajaan negeri akan terus bekerja keras dalam mempercepa­tkan keperluan dan meningkatk­an kualiti perkhidmat­an dari semasa ke semasa,” jelasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia