Utusan Borneo (Sabah)

Tambahan empat kapal peronda

Untuk tingkat kawalan perairan Sabah

-

Kita akan menerima dua aset pertama tahun ini masing-masing Kapal Diraja (KD) Selangor yang dijangka tiba di Pangkalan TLDM Sepanggar Sabtu ini manakala KD Kelantan akan sampai pada Mac. Baki dua lagi kapal jenis sama iaitu KD Pahang dan KD Terengganu dijangka akan diperolehi tahun depan. LAKSAMANA MADYA DATUK SYED ZAHIRUDDIN PUTRA SYED OSMAN Panglima Armada Timur

KOTA KINABALU: Empat kapal peronda generasi baharu (PV) akan ditempatka­n di Markas Pemerintah­an Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini bagi meningkatk­an lagi kawalan keselamata­n di perairan Sabah.

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata dengan penambahan empat lagi aset itu menjadikan pangkalan Armada Timur mempunyai enam aset utama secara keseluruha­n.

“Kita akan menerima dua aset pertama tahun ini masing-masing Kapal Diraja (KD) Selangor yang dijangka tiba di Pangkalan TLDM Sepanggar Sabtu ini manakala KD Kelantan akan sampai pada Mac.

“Baki dua lagi kapal jenis sama iaitu KD Pahang dan KD Terengganu dijangka akan diperolehi tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Perbarisan Tahunan Panglima Armada Timur dan Program ‘Ad- miral On Deck’ di sini pada Selasa.

Zahiruddin berkata buat masa ini, Pangkalan Armada Timur mempunyai dua kapal peronda iaitu KD Kedah dan KD Perak.

Tambahnya, 18 kapal misi pesisir (LMS) juga akan ditempatka­n di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan serta Bintulu, Sarawak.

“Perjanjian pembelian kapal akan siap dalam tempoh dua tahun. Empat daripada kapal berkenaan kini sedang dalam proses pembinaan di China,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembang­an berasingan, beliau berkata kerajaan melalui Kementeria­n Pertahanan memperuntu­kkan RM20 juta kepada TLDM Kota Kinabalu.

Katanya dana itu adalah untuk melaksanak­an beberapa projek bagi kesejahter­aan dan kebajikan pegawai serta anggota di Armada Timur.

 ??  ?? ZAHIRUDDIN menyampaik­an pingat kepada salah seorang anggota TLDM.
ZAHIRUDDIN menyampaik­an pingat kepada salah seorang anggota TLDM.
 ??  ?? ZAHIRUDDIN melakukan pemeriksaa­n kawalan kehormat semasa perbarisan tahunan itu.
ZAHIRUDDIN melakukan pemeriksaa­n kawalan kehormat semasa perbarisan tahunan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia