Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki pecah masuk klinik kesihatan di Tambunan ditangkap polis

-

KENINGAU: Dua lelaki tempatan yang memecah masuk ke Klinik Kesihatan Kampung Patau Tambunan 7 Januari lalu telah ditangkap polis dan merampas sejumlah 32 jenis barangan curi dari kedua-dua suspek itu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superinten­den Ahmad Jawila memberitah­u di sini pada Selasa berkata, suspek pertama berusia 27 tahun telah ditangkap di sebuah kedai di Kampung Tiang Tonop Tambunan pada 13 Januari jam 11.30 pagi sementera rakan suspek yang berumur 39 tahun ditangkap di Kampung Patau Tambunan pada 14 Januari jam 12 tengah hari..

Beliau memberitah­u pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini bahawa pada 8 Januari lebih kurang 6.01 petang satu laporan polis telah diterima dari seorang pengadu perempuan mengatakan pada 7 Januari jam lebih kurang 7.35 petang, sekembali dari Kampung Kibbas Ranau mendapati pintu belakang klinik kesihatan terbuka dipercayai dimasuki orang tidak dikenali.

Menurut beliau, siasatan di tempat kejadian, klinik kesihatan merupakan sebuah rumah bertingkat jenis batu dan tingkat atas adalah kuarters untuk kakitangan klinik tinggal. Masa kejadian tidak ada penghuni kuarters kerana balik kampung.

“Suspek telah pecah masuk ke dalam klinik melalui pintu belakang yang mempunyai pintu grill tidak berkunci dan suspek merosakkan tombol pintu belakang untuk masuk ke dalam klinik itu.

“Sebuah kenderaan jabatan jenis Kembara diletakkan di hadapan klinik turut dicuri suspek,” katanya.

Ahmad berkata, klinik itu kerugian RM62,735.90 atas kehilangan 26 jenis barangan berharga termasuk kenderaan Kembara yang terdapat di dalam klinik itu.

Katanya, kedua-dua suspek telah ditangkap oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau dan anggota Pondok Polis Patau diketuai oleh Inspektor Roning Mulut.

Menurut beliau, polis turut merampas sebuah kenderaan Perodua Kembara, Proton Wira yang yang digunakan suspek mempunyai plat nombor palsu dan 30 jenis barangan lain antaranya telepon bimbit pelbagai jenama, topeng, tiga komponen besi stainless steel Kementeria­n Kesihatan, speaker pelbagai jenama, CPU komputer, pemain DVD, Equalizer pelbagai jenama, Komputer riba dan lain-lain.

Ahmad berkata, beberapa barangan rampasan juga dipercayai adalah milik KAFA Tambunan.

“Polis turut merampas sebuah motosikal Yamaha Ego yang dilaporkan hilang di daerah Papar pada 2014 dari rakan suspek,” katanya.

Beliau memberitah­u, turut dirampas daripada kedua-dua suspek adalah peralatan disyaki digunakan untuk menghisap dadah jenis syabu dan dua peket plastik lut sinar yang berisi hablur putih disyaki dadah jenis syabu.

Menurut beliau, kedua-dua suspek juga positif dadah jenis syabu melalui saringan air kencing.

Ahmad berkata, kedua-dua suspek direman empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.-Oleh JOHAN

AZIZ

 ??  ?? AHMAD (tengah) menunjukka­n pelbagai barangan termasuk topeng yang dirampas daripada suspek. Turut kelihatan Ketua Jabatan Sisatan Jenayah, ASP Lee Nyuk Kim (kiri) dan Inspektor Roning Mulut.
AHMAD (tengah) menunjukka­n pelbagai barangan termasuk topeng yang dirampas daripada suspek. Turut kelihatan Ketua Jabatan Sisatan Jenayah, ASP Lee Nyuk Kim (kiri) dan Inspektor Roning Mulut.
 ??  ?? MOTOSIKAL yang dilaporkan hilang di daerah Papar pada 2014 turut dirampas dari rakan suspek.
MOTOSIKAL yang dilaporkan hilang di daerah Papar pada 2014 turut dirampas dari rakan suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia