Utusan Borneo (Sabah)

Kualiti Klinik 1Malaysia di Miri sentiasa dipantau

-

MIRI: Kualiti perkhidmat­an Klinik 1Malaysia di sini terus dipantau bagi memastikan ia memberi perkhidmat­an terbaik kepada pesakit.

MenteriMud­aPelancong­an, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, ia sejajar dengan objektifny­a menyediaka­n rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat.

“Selain menyediaka­n perkhidmat­an yang cemerlang, kita mahu kemudahan perubatan dan kakitangan perubatan di Klinik 1Malaysia lengkap dan boleh diharapkan,” katanya pada lawatan kerja ke Kllinik 1Malaysia Cawangan Senadin di sini pada Isnin.

Hadir sama Ketua Klinik Kesihatan Tudan dan Pegawai Petugas Klinik 1Malaysia Tudan Dr Maurice Steve Ukap Utap serta Pegawai Atendan Kesihatan Yusak Wan.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin menambah, lawatan itu turut meninjau masalah dan kekurangan yang dihadapi Klinik 1Malaysia Senadin.

“Saya menerima aduan terdapat orang awam yang masih tidak tahu lokasi klinik ini.

“Justeru saya cadangkan agar dibuat satu papan tanda besar dan jelas diletakkan di hadapan jalan,” saran beliau.

“Saya turut mencadangk­an agar lokasi sekarang dipindahka­n ke bangunan di jalan raya utama bagi memudahkan orang awam datang ke sini mendapatka­n rawatan,” katanya sambil menambah, beliau sendiri akan membiayai papan tanda dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.

Sebelum ini, Lee turut menyumbang sebuah mesin untuk kegunaan pesakit asma.

Terdahulu Dr Maurice berkata, Klinik 1Malaysia Senadin yang memulakan operasi sejak 2011 dibuka setiap hari mulai jam 9 pagi hingga 9 malam.

“Setakat ini klinik tersebut dikendalik­an dua pegawai pembantu perubatan dan dua staf jururawat.

“Setiap hari kami menerima kira-kira 70 pesakit,” katanya sambil menambah, majoriti mereka mengalami sakit ringan, luka dan asma.

Beliau menambah, sebelum ini klinik tersebut mempunyai kepakaran doktor namun ia sudah dipindahka­n ke Klinik 1Malaysia Permyjaya.

“Bagi pesakit khususnya kanak-kanak, kita nasihatkan ibu bapa menghantar anak mereka ke Klinik Kesihatan Tudan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia