Utusan Borneo (Sabah)

Hamidah mohon sumbangan ringankan bebanan kos rawatan barah

Hamidah mohon sumbangan ringankan bebanan kos rawatan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Penyakit yang pada awalnya disangka tibi rupanya penyakit barah yang lebih serius hingga menyebabka­n Hamidah Ab Losong, 43, perlu menjalani rawatan secara berterusan.

Penyakit ‘Hodgkins Lympoma’ yang dihidapi olehnya sejak 2015 itu, kini sudah memasuki tahap empat.

“Semasa mula-mula dimaklumka­n saya menghidap barah hodgkins ini, saya merasakan dunia saya seakan-akan sudah berakhir. Masa itu, saya rasa macam mahu mati sudah.

“Namun atas kata-kata semangat daripada suami, ibu, ahli keluarga dan rakan sekerja lain, saya cuba berfikiran positif. Saya berusaha menjalani rawatan bagi memastikan saya kembali sembuh,” katanya ketika dihubungi.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ini perlu menguatkan semangat bagi melawan penyakit yang dihidapi.

Semasa beliau dikesan menghidap penyakit itu, barah berkenaan hanya pada tahap dua. Namun, dalam tempoh tiga tahun, ia sudah merebak ke tahap empat.

Memandangk­an barah dihidapi semakin teruk, wanita yang dahulunya aktif bersukan ini terpaksa melupakan semua aktiviti itu kerana dirinya semakin hari semakin lemah.

“Badan saya semakin mengurus dan lemah. Saya sukar bergerak ke manamana kerana saya mudah letih,” jelasnya.

Ibu kepada tujuh orang anak ini berdepan bebanan kos rawatan yang tinggi. Biarpun ada sebahagian kos ditanggung oleh pihak APM namun, terdapat beberapa keperluan lain terpaksa ditanggung oleh suami.

Dengan pendapatan tidak menentu kerana suaminya bekerja sendiri, wanita ini memohon jasa baik orang ramai dalam menghulurk­an bantuan bagi mengurangk­an bebanan kos rawatan yang ditanggung.

Wanita ini kini dimasukkan di wad di Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi meneruskan rawatan penyakit barah yang semakin serius.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan boleh menghubung­i suaminya di talian 014 9529412.

“Namunatask­ata-katasemang­atdaripada suami, ibu, ahli keluarga dan rakan sekerja lain, saya cuba berfikiran positif. Saya berusaha menjalani rawatan bagi memastikan saya kembali sembuh, ” HAMIDAH AB LOSONG

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar kiri) MASIN sentiasa menjaga dan memberi sokongan kepada Hamidah dalam melawan penyakit yang dihidapi.
(Gambar kiri) MASIN sentiasa menjaga dan memberi sokongan kepada Hamidah dalam melawan penyakit yang dihidapi.
 ??  ?? (Gambar atas) HAMIDAH yang kini ditahan di wad HQE.
(Gambar atas) HAMIDAH yang kini ditahan di wad HQE.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia