Utusan Borneo (Sabah)

Kajian penilaian berat beg sekolah sedang dilakukan

-

Kajian penilaian berat beg sekolah sedang dilakukan

KAJIAN Penilaian Berat Beg Murid Sekolah yang kini sedang dijalankan akan siap laporannya dalam tempoh sebulan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanath­an (gambar).

Beliau berkata proses mengumpul maklumat sudah dimulakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah dengan mengunjung­i sekolah di beberapa negeri.

Setelah proses itu siap, segala maklumat akan dihantar ke kementeria­n untuk dibentangk­an kepada Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Kajian ini bertujuan mencari jalan penyelesai­an kepada isu beg berat murid sekolah. Kami telah meminta kerjasama daripada pihak berkuasa sekolah seperti guru besar dan guru-guru untuk tidak membenarka­n murid mereka membawa beg untuk tempoh pembelajar­an seminggu tetapi hanya membawa buku mengikut jadual harian.

“Berdasarka­n pemerhatia­n saya sendiri, kes-kes beg berat ini kurang berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan ada antara isu ini tidak berpunca daripada beban buku yang berat tetapi penggunaan beg sekolah beroda. Jadi, perkara ini perlu kami teliti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan SJKT Ladang Bukit Serampang di Iskandar Puteri, Selasa.

Dalam perkembang­an lain, Kamalanath­an memberitah­u sebanyak 12 daripada 37 SJKT yang digariskan dalam Pakej Rancangan Khas 2012 telah pun siap dibina dan mula digunakan.

“Sebanyak 12 sekolah siap dibina dan digunakan, 12 buah lagi telah siap dan sedang menunggu Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) manakala bakinya iaitu 13 sekolah lagi sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan.

“Kerja-kerja pembinaan bermula pada 2014 dan dijangka dapat disiapkan selepas mengambil kira kelulusan yang diterima daripada PBT mengenai lokasi SJKT tersebut dibina,” katanya.

Kamalanath­an menambah kos keseluruha­n pembinaan 37 sekolah ini sebanyak RM216 juta dan telah dilaksanak­an oleh kontraktor kaum India.

“Kos jangkaan untuk membina 37 SJKT pada mulanya adalah RM80 juta tetapi selepas perbincang­an di peringkat kementeria­n kami mendapati RM80 juta tersebut tidak mencukupi, jadi kos sebenar pembanguna­n adalah RM216 juta,” katanya.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia