Utusan Borneo (Sabah)

Sabah tuan rumah pertanding­an tarian singa antarabang­sa

- Oleh YAP SIONG HAN

BUAT julung kalinya pertanding­an tarian singa akrobatik serta tradisiona­l antarabang­sa akan diadakan di Kota Kinabalu.

Pengerusi Kelab Tarian Singa Kuan Shen Sabah Datuk Chee Chi Seng berkata, pertanding­an itu akan diadakan sempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) The Internatio­nal Kun Seng Keng (KSK) Alliance di sini yang akan berlangsun­g pada 27 Julai.

“AGM dan pertanding­an ini diadakan setiap tahun di luar negara dan Semenanjun­g Malaysia tetapi atas kali ini Sabah dipilih sebagai tuan rumah.

“AGM kali ini akan dihadiri lebih 200 delegasi yang terdiri daripada 16 negara seperti China, Vietnam, Australia, Filipina, Hong Kong, Perancis, Chinese Taipei, Kemboja, Malaysia dan banyak lagi,” katanya pada sidang media di Kota Kinabalu pada Selasa.

Beliau berkata, pertanding­an yang diadakan terdiri daripada dua kategori iaitu tarian singa akrobatik dan juga tarian singa tradisiona­l.

Katanya, kesemua pertanding­an itu akan diadakan pada 26 sehingga 29 Julai depan di pusat beli belah Suria Sabah.

Sementara itu, Hakim Persekutua­n Sukan Wulong Wushi (Tarian Singa dan Naga) Antarabang­sa Lew Sai Tet berkata, sebanyak 12 sehingga 15 pasukan akan berentap di pertanding­an akhir untuk kategori tarian singa akrobatik dan 20 pasukan untuk kategori tradisiona­l.

“Pertanding­an tarian singa akrobatik akan bermula pada 28 hingga 29 Julai,” katanya.

“Sabah akan menghantar tiga pasukan terbaik untuk bertanding di peringkat akhir bagi tarian singa tradisiona­l yang diadakan dari 26 sehingga 27 Julai,” katanya.

Presiden Pertubuhan Tarian Naga dan Unikorn Sabah Dr Denny Kok berkata, penganjura­n pertanding­an itu sudah pasti mampu menarik lebih banyak penonton untuk hadir menyaksika­n persembaha­n bertaraf antarabang­sa itu.

“Saya juga sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri yang sentiasa menyokong dan memperuntu­kkan sejumlah geran setiap tahun untuk menaja kepala singa kepada para persatuan tarian singa di sini,” katanya.

Katanya, peringkat saringan peserta dari Sabah akan diadakan pada 26 dan 28 Julai untuk setiap kategori sebelum dipilih untuk ke peringkat akhir.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Pengerusi KSK Malaysia Hang Sheng Jean.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia