Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat perlu sedar manfaat inisiatif kerajaan

-

MASYARAKAT di daerah ini perlu sedar dan memanfaatk­an sepenuhnya inisiatif yang diberikan oleh agensi kerajaan untuk membolehka­n mereka menambah pendapatan melalui perniagaan kecil dan sederhana.

Ketua Umno Cawangan Kampung Sri Hak 1 Dr Zarina Shaik Mohamed Daud berkata kerajaan banyak menawarkan pelbagai skim bantuan, kursus, peruntukan dan program untuk diterokai oleh masyarakat seperti Mara, Persatuan nelayan, Fama atau Jabatan Pertanian.

“Manfaatkan juga sumber alam semulajadi di Tungku dan Felda, di mana peruntukan yang diberi itu boleh digunakan untuk memulakan perniagaan seperti perniagaan sarang burung, ikan masin, menjalanka­n aktiviti bercucuk tanam di tanah sendiri dan lain-lain lagi.

“Masyarakat tidak boleh selama-lamanya terus bergantung pada bantuan kerajaan sebaliknya perlu berdikari dan berusaha meningkatk­an lagi taraf hidup diri serta keluarga masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an sumbangan peribadi berupa beras dan set pinggan mangkuk kepada 39 asnaf, orang kurang upaya dan anak yatim di Desa Kencana, di sini pada Ahad.

Sementara itu, Zarina yang juga seorang doktor perubatan swasta turut mencadangk­an supaya sebuah hospital ditubuhkan di Tungku bagi memudahkan sebarang kes rawatan kecemasan dirawat di hospital berkenaan tanpa dihantar ke Hospital Lahad Datu.

“Ini disebabkan faktor jarak dan masa perjalanan yang lama sehingga tiga jam. Apabila ada sebuah hospital didirikan di Tungku, sudah tentu kes kecemasan seperti ibu yang lambat melahirkan anak atau serangan sakit jantung dapat dirawat dan diselamatk­an,” katanya.

 ??  ?? ZARINA bersama beberapa penerima sumbangan.
ZARINA bersama beberapa penerima sumbangan.
 ??  ?? ZARINA menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.
ZARINA menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia