Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat Islam perlu bersatu

Haji Sharif Kayong, Hajah Haini Tokoh Maulidur Rasul Beluran

-

Marilah kita bersama-sama menghargai usaha berterusan kerajaan dan pimpinan kita yang sentiasa berkhidmat membantu rakyat di kawasan pedalaman dengan menyediaka­n peluang pendidikan, pekerjaan, sosio ekonomi dan kemudahan asas untuk rakyat sekali gus menjadi umat Islam yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat pembanguna­n.

DATUK JAMES RATIB Ahli Dewan Undangan Negeri Sugut

HAMPIR 1,500 umat Islam di sekitar daerah Beluran menyertai perarakan dan perhimpuna­n sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1439H/2018M dan Majlis Tilawah AlQuran (MTQ) peringkat daerah Beluran pada Sabtu.

Perasmian majlis itu disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut Datuk James Ratib yang juga Ketua Umno Bahagian Beluran.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Beluran merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Sambutan Suhaili Riman, wakil Ahli Parlimen Beluran Samad Jambri yang juga Ketua Pemuda Umno Beluran, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Labuk Abdul Rahman Haji Kongkawang (mewakili Adun Labuk), PPM Sugut Jalil Atang dan Ketua Daerah Beluran OKK Abdul Rasid Dondolang.

Hadir sama ialah Naib Ketua Umno Bahagian Beluran Ariffin Bacho, Timbalan Presiden Persatuan Graduan Sugut (PGS) yang juga AJK Pemuda Beluran Mohd Fazli Zikiri serta para pemimpin masyarakat setempat.

Berucap merasmikan majlis itu di Dewan Serbaguna Beluran, James menyeru masyarakat Islam agar terus bersatu padu, bekerjasam­a dan mempunyai sifat kesetiaan terhadap pemimpin dan kerajaan yang telah dipilih secara sah melalui proses demokrasi.

Katanya, masyarakat juga perlu bersyukur kerana para pemimpin dan kerajaan sentiasa berusaha membantu dan membela nasib rakyat dengan melaksanak­an pelbagai pembanguna­n termasukla­h di kawasan luar bandar.

Menurutnya, usaha murni demi kesejahter­aan masyarakat dan ummah telah dilaksanak­an dan dinikmati rakyat, khasnya penduduk di kawasan Sugut/ Paitan dan daerah Beluran keseluruha­nnya.

“Marilah kita bersamasam­a menghargai usaha berterusan kerajaan dan pimpinan kita yang sentiasa berkhidmat membantu rakyat di kawasan pedalaman dengan menyediaka­n peluang pendidikan, pekerjaan, sosio ekonomi dan kemudahan asas untuk rakyat sekali gus menjadi umat Islam yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat pembanguna­n,” jelasnya.

James yang juga pengerusi Sedcovest Holdings Sdn Bhd turut mengingatk­an ummah agar mengelakka­n perselisih­an, persengket­aan dan perbalahan, sebaliknya mempertaha­nkan kesatuan ummah dan kesejahter­aan negara, sepertiman­a yang ditekankan dalam tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Menurutnya, apa juga kepincanga­n dan kelemahan umat Islam akan menjejaska­n kemajuan serta kecemerlan­gan ummah, sedangkan kerajaan telah berusaha untuk memelihara keharmonia­n dan kesatuan ummah dalam memastikan Malaysia menjadi sebagai sebuah negara Islam yang dicontohi di peringkat antarabang­sa.

Beliau menegaskan, fakta dunia moden hari ini menunjukka­n umat Islam merupakan umat yang lemah serta mudah ditindas, sedangkan pada satu masa dahulu, mereka umat yang berjaya menakluki dunia dan menjadi perintis tamadun keilmuan sejagat. Katanya, ia berlaku disebabkan oleh kesilapan sendiri yang mudah berpecah dan sukar untuk bersatu.

Beliau menjelaska­n, tindakan Presiden Amerika Syarikat yang memindahka­n ibu negara Israel dari

Tel Aviv ke Jerusalem merupakan satu lagi bukti jelas bahawa apabila umat Islam tidak bersatu padu, lemah dan saling berbalah sesama sendiri, maka musuhmusuh Islam dengan mudah akan memperkota­k-katikkan kita.

“Ternyata, kelemahan mereka bukan kerana Israel kuat tetapi kerana wujudnya perpecahan dalam kelompok-kelompok pejuang Palestin itu sendiri yang tidak mahu duduk semeja dan berkongsi kekuatan untuk menentang musuh Islam,” jelasnya. Beliau berkata, semua itu mesti menjadi pengajaran, peringatan dan panduan kepada umat Islam supaya sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam, menghayati pesanan Rasulullah SAW untuk sentiasa bersatu bagi memantapka­n semangat persaudara­an dan kesatuan sesama ummah.

Sempena majlis itu, beliau mengajak umat Islam khususnya di daerah Beluran agar bersama-sama menghayati kepentinga­n kesatuan ummah demi kesejahter­aan masyarakat dan keamanan negara.

“Antara langkah yang boleh dilakukan ialah memperkuku­hkan identiti ummah dengan akhlak Rasulullah SAW. Apabila akhlak Baginda Junjungan Besar dijadikan panduan, kesatuan akan menjadi jambatan kesejahter­aan dan kejayaan umat Islam,” ujarnya.

Terdahulu, beliau mengetuai perarakan yang disertai hampir 1,500 orang mewakili kontinjen jabatan, persatuan, sekolah dan kariah sempena sambutan itu.

Perarakan lebih 1 kilometer itu bermula di Kompleks Sukan Beluran melalui Stesen Minyak Shell, Pejabat Pos, Masjid Jamek Pekan dan berakhir di dewan serbaguna yang diserikan bacaan Asrokal dipimpin oleh Ustaz Sabuangin Abd Amin.

Sempena sambutan itu, Haji Sharif Kayong Sh Ammang dari Kg Sungai Nafas dianugerah­i Tokoh Maulidur Rasul kategori lelaki, manakala Tokoh Maulidur Rasul wanita ialah Hajah Haini Haji Karim dari Kg Kolapis Hujung, Beluran.

Dalam acara qari yang turut diadakan, johan disandang Mohd Nizan Haji Bakri dari Kg Sungai Napas, naib johan Sabuangin Abdul Amin dan ketiga Imam hadrizan Habiren.

Siti Alma Sufina Masran muncul johan qariah, naib johan Sahima Arifin dan ketiga Siti Ainol Suffiah Fathonah Masran.

Kategori kontinjen teramai menyaksika­n Kg Sri Menanti memenangin­ya untuk tahun kelapan berturuttu­rut, manakala kontinjen terbaik dimenangi Koperasi Pembanguna­n Sg Balaban Berhad Beluran.

Acara pertanding­an sepanduk kategori jabatan, johan disandang oleh

Jabatan Pertanian Beluran, naib johan Pejabat Daerah dan tempat ketiga Pejabat Pendidikan Daerah Beluran.

Manakala bagi kategori persatuan, johan dimenangi Koperasi Pembanguna­n Tanah Sg Balaban Berhad, naib johan PBS Labuk dan tempat ketiga Pemuda Umno

Beluran.

Kategori sekolah pula, johan disandang Kelas Saudara Kita Pekan Beluran dan naib johan ialah GiatMara Beluran.

Bagi kategori kariah, johan dimenangi Kg Muanad 3 Beluran dan naib johan ialah Kg Sri Menanti, Beluran.

 ??  ?? JAMES (tengah), Suhaili dan para tetamu jemputan bergambar kenangan bersama penerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul lelaki dan wanita peringkat daerah Beluran.
JAMES (tengah), Suhaili dan para tetamu jemputan bergambar kenangan bersama penerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul lelaki dan wanita peringkat daerah Beluran.
 ??  ?? JAMES (tengah) mengetuai perarakan hampir 1,500 umat Islam sekitar daerah Beluran dari Kompleks Sukan Beluran mengelilin­gi pekan menuju ke Dewan Serbaguna Beluran sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Beluran.
JAMES (tengah) mengetuai perarakan hampir 1,500 umat Islam sekitar daerah Beluran dari Kompleks Sukan Beluran mengelilin­gi pekan menuju ke Dewan Serbaguna Beluran sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Beluran.
 ??  ?? HAJAH Haini (kiri) menerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul disampaika­n James.
HAJAH Haini (kiri) menerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul disampaika­n James.
 ??  ?? JAMES (kanan) menyampaik­an anugerah Tokoh Maulidur Rasul kepada Haji Sh Kayong sambil diiringi Suhaili Riman (tengah).
JAMES (kanan) menyampaik­an anugerah Tokoh Maulidur Rasul kepada Haji Sh Kayong sambil diiringi Suhaili Riman (tengah).
 ??  ?? KONTINJEN Pendidikan Beluran turut menyertai perarakan dan memenangi tempat ketiga pertanding­an sepanduk.
KONTINJEN Pendidikan Beluran turut menyertai perarakan dan memenangi tempat ketiga pertanding­an sepanduk.
 ??  ?? KONTINJEN PDRM dari IPD Beluran turut menyertai perarakan dan perhimpuna­n itu.
KONTINJEN PDRM dari IPD Beluran turut menyertai perarakan dan perhimpuna­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia