Utusan Borneo (Sabah)

Graduan UMSKAL perlu rebut peluang

Ekonomi Labuan dijangka berkembang positif

-

Graduan UMSKAL juga perlu merebut peluang pekerjaan dan perniagaan yang ditawarkan di pelbagai sektor kerajaan dan swasta di Wilayah Persekutua­n Labuan. Saya berharap mahasiswa akan turut membantu membangunk­an Wilayah Persekutua­n Labuan pada masa akan datang. DATUK ROZMAN ISLI Ahli Parlimen Labuan

AHLI Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli telah menghadiri program Sesi Ramah Mesra Ahli Parlimen Labuan Bersama Badan Kepimpinan Pelajar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL), malam Isnin.

Majlis anjuran Sektor Hal Ehwal Pelajar (SHEP) UMSKAL itu diketuai Timbalan Naib Canselor (HEPA) UMS Prof Dr Ismail Ali.

Turut hadir, Timbalan Pengarah UMSKAL Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal, Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL Zamri Haji Mohaammad Tuah, Ketua Jabatan HEPA UMS Ahmadi Nordin dan Ketua SHEP UMSKAL Nur Iman Reedzal.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Labuan Norsiah Udin, Timbalan Pengarah Kolej Matrikulas­i Labuan Hamizar Tahir dan Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Mohd Fadzil Mohd Arfah.

Seramai 34 pelajar termasuk pemimpin MPP (5 orang), Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (4) dan 25 pelajar dari Labuan menghadiri perjumpaan itu.

Dalam ucapannya, Rozman yang juga pengerusi Perbadanan Labuan berharap pelajar UMSKAL akan merebut ruang dan peluang dalam bidang pekerjaan dan perniagaan selepas mereka menamatkan pengajian kelak.

Katanya, pada tahun ini, ekonomi Labuan yang dijangka berkembang positif bakal memberikan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan termasuk kepada graduan lepasan UMS Labuan.

Beliau juga yakin menerusi kemahiran dan kepakaran pelajar UMSKAL yang menuntut di Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) dan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) akan dapat digunakan untuk membantu membangunk­an Wilayah Persekutua­n Labuan pada masa akan datang.

“Graduan UMSKAL juga perlu merebut peluang pekerjaan dan perniagaan yang ditawarkan di pelbagai sektor kerajaan dan swasta di Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Saya berharap mahasiswa akan turut membantu membangunk­an Wilayah Persekutua­n Labuan pada masa akan datang,” katanya.

Tambah Rozman, kehadiran pelajar UMSKAL juga menambah jumlah penduduk Labuan, membantu menjana ekonomi tempatan dan merancakka­n industri pelanconga­n Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Kehadiran pelajar UMSKAL memberi impak yang sangat besar kepada ekonomi, pertambaha­n penduduk dan industri pelanconga­n tempatan,”katanya.

Beliau juga melahirkan rasa bangga kerana Labuan mempunyai sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sekali gus menarik minat generasi muda untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Rozman juga berharap pemimpin pelajar UMSKAL akan terus mengasah bakat kepimpinan agar menjadi pemimpin yang berwibawa suatu hari nanti.

Sementara itu, Ismail mengingatk­an pelajar UMSKAL agar sentiasa menjaga nama baik UMS, ibu bapa dan diri sendiri ketika menyertai apa jua program khususnya yang membabitka­n masyarakat setempat.

Beliau yang mewakili Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin menasihatk­an pelajar supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan mengelak daripada terjebak dengan kegiatan yang boleh menjejaska­n masa depan mereka.

“Pelajar mesti tumpukan kepada tugas utama mereka iaitu belajar bersungguh­sungguh agar menjadi menjadi insan yang berkualiti dan mampu menyumbang tenaga kepada agama, bangsa dan negara suatu hari nanti,” katanya.

Mengenai majlis itu, Ismail berkata ia merupakan program tahunan dan menjadi tradisi kepimpinan pelajar UMSKAL mengadakan perjumpaan dengan Ahli Parlimen Labuan.

Sambil mengucapka­n terima kasih atas komitmen Rozman terhadap pembanguna­n UMSKAL selama ini, beliau mahu program seumpama itu dijadikan wadah untuk mengeratka­n hubungan baik yang sedia terjalin antara warga universiti dengan pemimpin di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Ismail merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaa­n kepada jabatan dan agensi kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) yang sentiasa berganding bahu dengan UMSKAL menjayakan program anjuran pelajar dan kakitangan pada tahun lalu.

“Saya bagi pihak Naib Canselor UMS akan sentiasa memastikan pelajar memberikan kerjasama dalam menjayakan pelbagai program di Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya.

Ismail menambah pada ketika ini, UMSKAL mempunyai 2,162 pelajar termasuk 71 pelajar yang berasal dari Labuan selain menerima 652 pelajar baharu dari seluruh negara.

 ??  ?? ROZMAN (empat kanan) menerima cenderamat­a daripada Ismail sambil diperhatik­an Geoffrey (kiri), Zamri (tiga kanan), Hamizar dan Fadzil.
ROZMAN (empat kanan) menerima cenderamat­a daripada Ismail sambil diperhatik­an Geoffrey (kiri), Zamri (tiga kanan), Hamizar dan Fadzil.
 ??  ?? ROZMAN (empat kanan), Ismail (empat kiri) dan Zamri (tiga kanan) bersama pemimpin pelajar UMSKAL.
ROZMAN (empat kanan), Ismail (empat kiri) dan Zamri (tiga kanan) bersama pemimpin pelajar UMSKAL.
 ??  ?? PELAJAR UMSKAL dari Labuan bersama Rozman (empat kanan).
PELAJAR UMSKAL dari Labuan bersama Rozman (empat kanan).
 ??  ?? ISMAIL menyampaik­an ucapan alu-aluan.
ISMAIL menyampaik­an ucapan alu-aluan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia