Utusan Borneo (Sabah)

USIM pupuk budaya sihat anjur ‘Biggest Loser Challenge’

-

KIRA-KIRA 300 kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menyertai ‘Biggest Loser Challenge USIM’, yang merupakan program penurunan berat badan sekali gus memupuk budaya hidup sihat khususnya kalangan kakitangan universiti.

Pengarah Pusat Kesihatan USIM Dr Nik Mohd Shafikudin Md Taujuddin berkata program yang bermula bulan depan itu diadakan kerana menyedari obesiti akan membawa ancaman pelbagai masalah kesihatan di samping menjejaska­n produktivi bekerja.

“Justeru itu, Pusat Kesihatan USIM menyasarka­n 300 kakitangan USIM akan menyertai Biggest Loser Challenge 2018 ini dan program ini mengkhusus­kan kakitangan yang mengalami masalah berat badan.

“Melalui saringan terhadap 264 kakitangan yang mengambil Ujian Kesihatan Jasmani dan Kecergasan (UKJK) pada tahun lepas, seramai 164 daripadany­a tidak memiliki Indeks Jisim Tubuh (BMI) dalam paras unggul apabila masing-masing berapa pada tahap pre-obes sehingga obes tahap tiga.

“Melihat kepada statistik ini, Pengurusan Universiti meminta Pusat Kesihatan mengambil inisiatif melaksanak­an program mempromosi­kan kehidupan sihat di bawah platform FIT USIM dan kami mulakan musim pertama Biggest Loser Challenge versi USIM pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di Seremban, Selasa.

Dr Nik Mohd Shafikudin berkata pada tahun lepas, seramai 100 kakitangan USIM menyertai program itu secara sukarela dengan pengisian modul dan pelaksanaa­nya dipantau Pusat Kesihatan USIM.

“Objektif program untuk beri kesedaran dan motivasi menurunkan berat badan ke paras unggul, memupuk gaya hidup sihat dan seterusnya mereka ini menjadi ejen perubahan terhadap pencegahan penyakit yang berkaitan dengan obesiti ini,” katanya.

Beliau berkata selain melaksanak­an rutin senaman dan diet atas inisiatif masing-masing, peserta turut wajib mengikuti program taklimat khas yang disediakan Pusat Kesihatan USIM iaitu Pemakanan Sihat dan Seimbang; Aktiviti Fizikal dan Bootcamp.

Peserta juga diminta melapor diri di Pusat Kesihatan secara berkala, sekali sebulan untuk dipantau perkembang­an mereka, katanya.

Beliau berkata dengan peningkata­n sasaran dua kali ganda penyertaan peserta pada tahun ini, bayaran insentif kepada juara juga ditingkatk­an kepada RM1,500 berbanding RM1,000 pada edisi pertama serta peserta yang berjaya pada edisi lepas turut dilantik sebagai mentor.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia