Utusan Borneo (Sabah)

Jasa Mu Dikenang

Lebih 100 rai persaraan Guru Besar SK Mempagar

-

LEBIH 100 orang hadir meraikan Majlis Jasa Mu Dikenang sempena persaraan wajib bagi Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Mempagar, Beaufort Haji Tajudin Hj Asari di dewan alumni sekolah berkenaan.

Majlis yang dihadiri oleh wakil Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort Noresam Ismail selaku Ketua Unit Teknik dan Vokasional, PPD Beaufort, guru-guru besar Daerah Beaufort, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Mohd Noh Ismail, guruguru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dan murid-murid SK Mempagar.

Majlis yang dikendalik­an oleh ahli jawatankua­sa pelaksana majlis itu bertujuan menghargai jasa dan sumbangan selama 35 tahun berkhidmat di beberapa sekolah dalam daerah ini.

Jawatan terakhir yang disandang oleh beliau ialah sebagai Penyelia Pendidikan Daerah Beaufort (2006) dan seterusnya dilantik sebagai guru besar SK Mempagar bermula tahun 2007 sehingga ke majlis persaraan beliau pada 16 Januari 2018.

Noresam dalam ucapannya berkata persaraan Tajudin merupakan satu kehilangan besar kepada PPD Beaufort yang selama ini telah berkhidmat dengan cemerlang.

“Beliau berkhidmat dengan penuh bertanggun­gjawab sehingga menjulang nama SK Mempagar mencipta kejayaan dalam bidang kurikulum, kokurikulu­m dan sahsiah.

“Kejayaan dan kecemerlan­gan dicapai dalam apa jua bidang dan aktiviti adalah hasil kerjasama dan sumbangan beliau terhadap kemajuan pendidikan khususnya di sekolah dan PPD Beaufort,” katanya.

Beliau berkata, kecemerlan­gan Tajudin memimpin sekolah itu wajar menjadi semangat dan dorongan kepada guruguru besar yang masih lagi berkhidmat dengan lebih baik bagi mencapai kejayaan di sekolah pada masa akan datang.

Tajudin dalam ucapannya merakamkan jutaan terima kasih kepada warga SK Mempagar dan pihak PPD Beaufort yang sentiasa menghulurk­an sokongan dan dorongan sehingga berjaya menamatkan perkhimata­n sebagai guru besar di sekolah itu.

“Kejayaan dan kecemerlan­gan sekolah adalah hasil usaha dan inspirasi bersama dalam memartabat­kan bidang pendidikan ke arah mencapai aspirasi negara,” katanya.

Pelbagai acara diadakan bagi memeriahka­n majlis persaraan beliau termasukla­h persembaha­n murid, guru, tayangan video dan menarik perhatian hadirin acara memotong kek.

Hadir sama, Pegawai Perhubunga­n Parlimen Sipitang Matbali Musa Hj Gulam Hassan.

Persaraan Tajudin merupakan satu kehilangan besar kepada PPD Beaufort yang selama ini telah berkhidmat dengan cemerlang. Beliau berkhidmat dengan penuh bertanggun­gjawab sehingga menjulang nama SK Mempagar mencipta kejayaan dalam bidang kurikulum, kokurikulu­m dan sahsiah. Kejayaan dan kecemerlan­gan dicapai dalam apa jua bidang dan aktiviti adalah hasil kerjasama dan sumbangan beliau terhadap kemajuan pendidikan khususnya di sekolah dan PPD Beaufort.

NORESAM ISMAIL

Ketua Unit Teknik dan Vokasional

 ??  ?? TAJUDIN (kiri) menerima cenderahat­i daripada Penolong Kanan Pentadbira­n SK Mempagar Yunus Hj Sarujin.
TAJUDIN (kiri) menerima cenderahat­i daripada Penolong Kanan Pentadbira­n SK Mempagar Yunus Hj Sarujin.
 ??  ?? MATBALI (kiri) antara tetamu yang hadir pada majlis itu.
MATBALI (kiri) antara tetamu yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia