Utusan Borneo (Sabah)

Bernama kaji buka semula biro Hanoi, kata pengerusi Azman

-

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sedang mempertimb­angkan untuk membuka semula bironya di Hanoi bagi membolehka­n lebih banyak liputan berita dibuat terhadap pembanguna­n dan pertumbuha­n ekonomi Vietnam, kata Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang.

Beliau berkata 40 tahun selepas perang, Vietnam kini pesat membangun sebagai kuasa ekonomi di rantau ini.

“Kami serius dalam mempertimb­angkan hasrat untuk menempatka­n semula koresponde­n kami di Hanoi dan dari situ kami turut boleh membuat liputan berita di Laos, Kemboja dan juga Myanmar.

“Iaadalahse­buah negarayang amat menarik kini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincang­an dua hala dengan Naib Pengerusi Suruhanjay­a Pusat Komunikasi dan Pendidikan Parti Komunis Vietnam Pham Van Linh di ibu pejabat Bernama di sini, Selasa.

Bernama mempunyai biro di Hanoi dari 21 Jan 1994 sehingga Mac 1998.

Terdahulu, ketibaan Pham dan delegasi sembilan anggotanya ke agensi berita itu disambut oleh Azman dan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmat­an Berita Dalam Negeri) Bernama Datuk Mokhtar Hussain. Delegasi itu dalam rangka lawatan rasmi empat hari di Kuala Lumpur.

Dalam perbincang­an mereka, kedua-dua pihak berminat untuk meningkatk­an lagi kerjasama dalam pertukaran berita antara Bernama dan Agensi Berita Vietnam (VNA).

Mereka juga berkongsi pengalaman negara masingmasi­ng dalam mendepani evolusi industri media serta peluang-peluang yang wujud susulan daripada peningkata­n pengaruh media baharu.

Mokhtar memberitah­u pelawat berkenaan bahawa Bernama telah melakukan banyak perubahan dan penyesuaia­n untuk seiring dengan perkembang­an trend dan teknologi dalam industri itu.

Beliau berkata daripada perniagaan terasnya sebagai penyedia perkhidmat­an berita dan maklumat elektronik, Bernama kini telah berkembang dengan memiliki saluran TV sendiri, Bernama News Channel, stesen radio Bernama Radio dan terkini Meja Multimedia.

Beliau berkata trend terbaru dalam berita dan penyebaran maklumat lmenyaksik­an orang ramai beralih daripada bentuk teks kepada format gambar dan video.

“Cabarannya bukan hanya untuk menyebarka­n berita tetapi untuk mempersemb­ahkannya mengikut kehendak dan citarasa orang ramai. Ia bukan sekadar untuk mampu berkomunik­asi tetapi juga perlu berupaya menyentuh hati dan minda audien,” katanya.

Bersetuju dengan pendapat Mokhtar, Pham berkata industri media di Vietnam juga sedang melalui tempoh transforma­si dengan persaingan amat sengit antara media tradisiona­l dan media baharu dalam meningkatk­an jumlah pembaca.

“Namun generasi lebih tua masih setia dengan media tradisiona­l manakala generasi muda lebih cenderung kepada media baharu,” katanya dan menurutnya terdapat kirakira 850 saluran media di Vietnam.

Beliau berkata disebalik peningkata­n kehadiran media baharu, orang ramai masih cenderung kepada media tradisiona­l dan saluran media rasmi seperti Agensi Berita Vietnam dan Voice of Vietnam bagi mendapatka­n maklumat yang betul dan tepat.

Dalam pada itu, Mokhtar yang juga presiden Kelab Akhbar Kebangsaan menyambut baik langkah Pham yang mengundang wartawan Malaysia untuk mengadakan lawatan ke Vietnam untuk mengenali lebih dekat negara itu. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia