Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Ikan Hiasan Port Dickson tetas anak Yu Cicak Lampai

-

PORT DICKSON: Buat pertama kalinya, Pusat Ikan Hiasan Port Dickson di sini berjaya menetaskan anak ikan spesies chiloscyll­ium hasselti iaitu Yu Cicak Lampai.

Ketua pusat itu, Nawar A. Karim berkata ini adalah pencapaian terbaru di pusat itu dalam teknologi pembiakan ikan hiasan marin iaitu pembiakan ikan spesies tersebut.

“Sehingga kini lima ekor anak ikan yu berkenaan berjaya ditetaskan sementara masih menunggu beberapa lagi telur untuk proses penetasan manakala proses mengawan untuk pasangan induk masih lagi berterusan. Ia suatu pencapaian membanggak­an dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa terutamany­a dari segi penjagaan serta tumbesaran anak ikan yu berkenaan.

“Pemerhatia­n kajian ini juga dilakukan secara berterusan. Kajian berkaitan teknik pembiakan yang dijalankan di pusat ini mengambil masa lebih tiga tahun untuk mempastika­n kejayaanny­a pada hari ini,” katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Katanyahab­itatdanseb­aran ikan spesies ini adalah di kawasan persisiran pantai di negara ini, selain direkodkan juga di Lautan Hindi hingga ke Pasifik Barat.

Katanya ikan spesies ini juga terdapat di Myanmar, Thailand, Singapura, Indonesia dan Vietnam.

Nawar berkata pihaknya bercadang untuk mendokumen­kan teknologi pembiakan ini pada masa akan datang supaya ia dapat dikongsi bersama bagi meningkatk­an lagi industri ikan hiasan marin Malaysia memandangk­an ikan spesies ini boleh dikomersia­lkan.

“Teknik pembiakan ikan spesies ini belum ada dibuat oleh mana-mana pihak di Malaysia. Beberapa faktor seperti kesesuaian serta kematangan induk, parameter kualiti air, pemakanan induk, penjagaan telur, dan sebagainya perlu diberikan keutamaan di dalam proses pembiakan ini,” katanya.

Pusat Ikan Hiasan Port Dickson merupakan satu daripada organisasi di bawah Jabatan Perikanan yang melaksanak­an aktiviti penyelidik­an pembiakan ikan hiasan marin di Malaysia.

Fungsi utama pusat itu adalah untuk menjadi sebagai pusat rujukan dalam industri melalui penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D).

Antara kemudahan yang terdapat di pusat itu ialah ruang pameran galeri ikan hiasan marin spesies ikanikan dasar laut, batu karang, kuda laut, penyu, makmal dan sebagainya.

Orang ramai boleh mengunjung­i pusat itu dan masuk adalah percuma. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia