Utusan Borneo (Sabah)

Keluarga Sakag Gabir Goling adakan lawatan amal

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Seramai 20 ahli keluarga Sakag Gabir Goling telah mengadakan lawatan amal sempena Krismas 2017 ke wad lelaki, wanita dan kanak-kanak di Hospital Ranau.

Pengerusi Penganjur Ebin Sabin berkata, keluarga mereka memilih tarikh 14 Jan 2018 untuk lawatan amal itu memandangk­an pada 25 Disember lepas kebanyakan ahli keluarga yang beragama Kristian pergi ke gereja.

“Keluarga Sakag Gabir Goling ditubuhkan tiga tahun yang lalu, di mana rumpun keluarga ini ratarata beragama Islam dan Kristian. Selepas ke gereja pada Krismas yang lalu, kami berkumpul bersama keluarga besar ini untuk saling menghormat­i dan mengeratka­n kekeluarga­an antara sesama,” katanya.

Menurut Bendahari Sakag Gabir, Hajah Nasah Bolinsai, sejak ditubuhkan, keluarga itu mula membuat lawatan amal di hospital sempena perayaan Krismas dan Hari Raya Aidilfitri.

“Kita berharap agar lawatan dua kali setiap tahun ini akan memberikan keceriaan bukan sahaja kepada para petugas hospital, tetapi juga kepada para pesakit,” katanya.

Sementara itu, seorang ahli rombongan keluarga itu, Sigam Duli berharap agar tradisi melawat golongan yang sakit itu akan terus dijalankan pada masa akan datang, dan semoga rumpun keluarga mereka akan terus bersatu hati walaupun berlainan anutan agama.

“Sebagai penganut Katolik kita sedar bahawa antara ajaran sosial yang ditekankan gereja ialah melawat orang yang sakit, golongan miskin dan orang yang menderita melalui kerja belas kasihan korporat dan kerohanian. Maka atas dasar ini juga, program lawatan ini diadakan,” jelasnya.

 ??  ?? ANGGOTA keluarga bergambar bersama para petugas hospital.
ANGGOTA keluarga bergambar bersama para petugas hospital.
 ??  ?? EBIN menyampaik­an cenderahat­i kepada salah seorang pesakit wanita.
EBIN menyampaik­an cenderahat­i kepada salah seorang pesakit wanita.
 ??  ?? SALAH seorang ahli keluarga memberikan buah tangan kepada salah seorang pesakit lelaki.
SALAH seorang ahli keluarga memberikan buah tangan kepada salah seorang pesakit lelaki.
 ??  ?? NASAH (tengah) dan Ebin (kanan) berbual mesra dengan salah seorang doktor.
NASAH (tengah) dan Ebin (kanan) berbual mesra dengan salah seorang doktor.
 ??  ?? ANGGOTA keluarga sempat beramah mesra dengan para pesakit di wad wanita.
ANGGOTA keluarga sempat beramah mesra dengan para pesakit di wad wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia