Utusan Borneo (Sabah)

120 pelajar SAN Kg Tabanak sertai Kaseh

- Oleh HAMZAH SANUDIN

LAHAD DATU: Seramai 120 pelajar tahun 5 dan 6 telah mengikuti Kem Anak Soleh (Kaseh) yang dianjurkan oleh Syukbah Remaja Masjid Ar Raudhah dengan kerjasama Sekolah Agama Negeri (SAN) Kg Tabanak di sekolah berkenaan.

Program itu merupakan cetusan idea yang dibangkitk­an oleh jawatankua­sa masjid di bawah unit Syukbah Remaja Masjid Ar-Raudhah dengan kerjasama guru-guru SAN Kg Tabanak bagi melestarik­an pembanguna­n pelajar ke arah pelajar yang soleh dan solehah serta mampu memberikan impak yang positif kepada pencapaian akademik.

Modul yang ditekankan adalah akidah sejahtera, ibadah yang sahih dan akhlak islamiah. Ketiga-tiga modul itu digabung dan diaplikasi­kan dalam aktiviti latihan dalam kumpulan agar pelajar lebih mudah memahami sekali gus mampu mempraktik­kannya.

PengerusiJ­awatankuas­aMasjid ar-Raudhah Haji Sari Haji Arshad menyokong penuh program sedemikian dan berharap setiap masjid dapat bekerjasam­a dengan pihak sekolah serta ibu bapa untuk melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.

“Jawatankua­sa Masjid arRaudhah sangat berterima kasih kepada pihak pengurusan SAN Kg Tabanak kerana memberi ruang kepada anak-anak untuk menyertai program ini,” katanya.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada ibu bapa yang menyokong dan membenarka­n anak-anak mereka menyertai program itu serta berharap jalinan kerjasama itu dapat diteruskan pada program lain akan datang.

Pada seminar itu, ibu bapa kepada anak-anak yang mengikuti program itu turut diberi kesedaran akan kepentinga­n pembentuka­n dan pembanguna­n anak-anak yang soleh serta keupayaan mereka memberi impak yang baik kepada keputusan akademik anak-anak.

 ??  ?? ANTARA modul yang diberikan kepada peserta.
ANTARA modul yang diberikan kepada peserta.
 ??  ?? AJK penganjur dan peserta bergambar kenangan.
AJK penganjur dan peserta bergambar kenangan.
 ??  ?? ANTARA penyelaras program Kaseh.
ANTARA penyelaras program Kaseh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia