Utusan Borneo (Sabah)

Rumah Residensi Hektar ditawarkan khas untuk pembeli Melayu

-

KUALALUMPU­R:Sebanyak 2,400 unit pangsapuri Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) Residensi Hektar, Jalan Gombak di sini, yang dijangka sepenuhnya pada 2012, akan ditawarkan khas kepada pembeli Melayu.

Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata setiap unit yang berkeluasa­n 800 kaki persegi dan 850 kaki persegi, masing-masing dijual pada harga RM266,000 dan RM299,000.

“Projek yang dibina di atas tanah rizab Melayu ini terletak bersebelah­an dengan Pasar Besar Gombak begitu strategik kerana pelbagai kemudahan infrastruk­tur serta jaringan lebuhraya seperti DUKE dan MRR2 memudahkan perjalanan harian penduduk ke tempat kerja.

“Selain itu, keserlahan Residensi Hektar ditonjolka­n dengan gabungan reka bentuk geometri dan struktur yang diilhamkan dari corak dan kesenian, motif budaya, tradisi dan nilai Islam,” katanya ketika berucap merasmikan projek RUMAWIP Residensi Hektar, di sini, Selasa.

Tengku Adnan berkata sebanyak 40 buah projek RUMAWIP telah dilancarka­n kepada golongan berpendapa­tan sederhana di sekitar ibu kota sejak pelaksanaa­nnya pada tahun 2013.

“Dengan kesungguha­n dan perancanga­n yang dibuat, kami yakin penyediaan RUMAWIP boleh dicapai melebihi sasaran awal iaitu 80,000 unit menjelang tahun 2020,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Hektar Aneka Sdn Bhd., Datuk Rozabil Abdul Rahman berkata pihaknya sebagai pemaju projek tersebut telah membuka pendaftara­n untuk pembelian RUMAWIP kepada pembeli Melayu sejak pertengaha­n November lepas.

“Setakat ini, sebanyak 60 peratus daripada 2,400 unit telah berjaya didaftarka­n kepada pembeli Melayu individu dan pasangan berkahwin. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia