Utusan Borneo (Sabah)

Ruji turun padang di Kundasang

Baikpulih rumah, hulur sumbangan 10 keluarga melalui Program Touch Point 2018

- Oleh SALMAN ABADI

KUNDASANG: Pengarah Pembanguna­n Persekutua­n Negeri Sabah (ICU) Dato Ruji Ubi sekali lagi turun padang ke daerah ini bagi meninjau golongan sasar yang benar-benar memerlukan bantuan.

Beliau menyerahka­n sumbangan barang keperluan kepada para penerima melalui Program Touch Point 2018 yang diadakan di sini.

Program itu merupakan kesinambun­gan daripada Program Touch Point yang diadakan tahun lalu di Ranau dan juga daerah lain di Sabah.

Demi memastikan keberhasil­an program itu, beliau bukan sahaja melihat sendiri pelaksanaa­nnya malah turut serta dalam menjayakan aktiviti gotongroyo­ng membaik pulih dua rumah yang memerlukan bantuan.

Dua rumah berkenaan masing-masing sebuah di Kampung Perancanga­n dan Kampung Togis di kawasan DUN Kundasang dalam Parlimen Ranau.

Dalam program yang sama, Ruji menyerahka­n sumbangan berupa barang keperluan harian untuk warga tua dan miskin tegar kepada 10 ketua isi rumah (KIR) di Kg Togis.

Semua keluarga mahupun individu yang menerima sumbangan itu menyatakan rasakesyuk­urandanber­terima kasih kepada pengarah ICU itu yang prihatin terhadap nasib mereka.

Ruji berkata, program seumpamany­a turut dijalankan di daerah lain dengan kerjasama para pemimpin setempat untuk mengenal pasti isi rumah mahupun keluarga yang benar-benar memerlukan, khususnya mereka yang tersenarai untuk program bantuan miskin tegar. Beliau berharap agar sumbangan dan bantuan itu dapat memberikan keceriaan dan kegembiraa­n serta meringanka­n beban keluarga terbabit.

Turut serta menjayakan Program Touch Point 2018 itu ialah pemimpin setempat, antaranya Datuk Razali, Pegawai Kesejahter­aan Rakyat DUN Kundasang Samdin Rijin dan Ketua Pemuda Upko Ranau Hisyamuddi­n Harun.

Program bakti murni seumpamany­a akan diteruskan bergantung pada dana peruntukan yang disediakan kerajaan Barisan Nasional (BN).

 ??  ?? RUJI membantu membaik pulih rumah penduduk.
RUJI membantu membaik pulih rumah penduduk.
 ??  ?? PENERIMA sumbangan bersyukur dan berterima kasih menerima sumbangan yang disampaika­n oleh Ruji (dua kanan) sambil diperhatik­an Hisyamuddi­n (dua kiri).
PENERIMA sumbangan bersyukur dan berterima kasih menerima sumbangan yang disampaika­n oleh Ruji (dua kanan) sambil diperhatik­an Hisyamuddi­n (dua kiri).
 ??  ?? RUJI (lima kanan) bergambar kenangan bersama para pemimpin masyarakat setempat dan sukarelawa­n yang menjayakan gotong-royong.
RUJI (lima kanan) bergambar kenangan bersama para pemimpin masyarakat setempat dan sukarelawa­n yang menjayakan gotong-royong.
 ??  ?? RUJI (tengah) dan Hisyamuddi­n (kiri) turut menjayakan gotong-royong mengecat dan membaik pulih rumah penduduk kampung.
RUJI (tengah) dan Hisyamuddi­n (kiri) turut menjayakan gotong-royong mengecat dan membaik pulih rumah penduduk kampung.
 ??  ?? RUJI (empat kiri) bersama para pemimpin masyarakat yang terlibat menjayakan program itu.
RUJI (empat kiri) bersama para pemimpin masyarakat yang terlibat menjayakan program itu.
 ??  ?? RUJI (tiga kiri) menyerahka­n sumbangan berupa barangan keperluan asas kepada wakil keluarga penerima bantuan.
RUJI (tiga kiri) menyerahka­n sumbangan berupa barangan keperluan asas kepada wakil keluarga penerima bantuan.
 ??  ?? RUJI (dua kiri) turun padang meninjau sendiri pelaksanaa­n Program Touch Point 2018 di Ranau.
RUJI (dua kiri) turun padang meninjau sendiri pelaksanaa­n Program Touch Point 2018 di Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia