Utusan Borneo (Sabah)

Lagi anggota polis ditahan

Disyaki terbabit kes samun berkumpula­n, peras ugut

-

IPOH: Seorang anggota polis yang disyaki terlibat dalam kejadian samun berkumpula­n dan memeras ugut pemilik di sebuah rumah di sini pada Disember lepas, ditahan selepas suspek menyerah diri pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata anggota polis lelaki berumur 32 tahun yang bertugas di Perak itu, menyerah diri di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada 11 pagi Selasa.

“Seorang lagi orang awam yang disyaki terlibat dalam kes itu masih bebas dan usaha mengesanny­a sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Seorang lelaki berusia 54 tahun membuat laporan polis pada 27 Dis lalu dengan mendakwa didatangi enam lelaki mengaku sebagai anggota polis yang ingin membuat pemeriksaa­n di dalam rumahnya selain diperas ugut untuk menyerahka­n RM12,300.

Dipercayai wang itu diminta sebagai melepaskan mangsa daripada dibawa ke balai polis kerana penemuan dadah di rumahnya.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim baru-baru ini berkata pegawai dan anggota berkenaan mendakwa mereka membuat serbuan ke rumah terbabit di Persiaran Rapat Baru 1, Taman Lapangan Permai kira-kira 2 pagi pada 27 Dis lalu.

“Bagaimanap­un, mereka tidak membuat laporan (serbuan) yang merupakan prosedur setiap kali selepas selesai serbuan. Sebaliknya, kami syaki mereka mengambil kesempatan meminta wang, memeras ugut dan menyamun mangsa,” kata Noor Rashid.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Omar Mammah pula berkata kejadian itu melibatkan seorang pegawai, tiga anggota dan dua orang awam.

Seorang pegawai berpangkat Inspektor dan dua anggota polis serta seorang orang awam yang ditahan direman pada 28 Dis hingga 2 Jan lalu dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.- Bernama

“Anggota polis lelaki berumur 32 tahun yang bertugas di Perak itu, menyerah diri di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada 11 pagi Selasa. Seorang lagi orang awam yang disyaki terlibat dalam kes itu masih bebas dan usaha mengesanny­a sedang giat ” dijalankan. ACP MOHD ALI TAMBY Ketua Polis Daerah Ipoh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia