Utusan Borneo (Sabah)

Suhakam menyokong penubuhan mahkamah khas selesaikan kes pemerdagan­gan manusia

-

KUCHING:Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyokong pengumuman Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif berhubung penubuhan mahkamah khas bagi menyegerak­an penyelesai­an kes pemerdagan­gan manusia.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail berkata pihaknya telah membincang­kan cadangan penubuhan mahkamah khas bagi kes-kes pemerdagan­gan manusia sejak beberapa tahun lalu dalam pelbagai mesyuarat.

“Mahkamah khas itu antara lain perlu mengambil kira keperluan mangsa dan menyasarka­n agar tidak berlakunya eksploitas­i pemerdagan­gan manusia lebih lanjut terhadap mangsa.

“Adalah diharapkan agar mahkamah itu nanti akan mempertimb­angkan keadaan mangsa dan mengguna pakai protokol mahkamah dalam memberi perlindung­an terhadap mangsa yang pernah mengalami trauma,” katanya semalam.

Antara lain adalah lantikan pendakwa raya yang berkeboleh­an dan hakim yang komited terhadap kes pemerdagan­gan manusia.

Turut menjadi harapan pihak Suhakam adalah agar hakim yang mendengar kes pemerdagan­gan manusia akan diberi latihan dalam bidang pemerdagan­gan manusia bagi memastikan perlindung­an sepenuhnya terhadap mangsa.

Juga bantuan terhadap mangsa pemerdagan­gan manusia dapat diberikan di semua peringkat perundanga­n selaras dengan piawaian antarabang­sa yang ditetapkan Protokol PBB untuk mencegah, menyekat dan menghukum pemerdagan­gan orang, terutama wanita dan kanak-kanak (Protokol Pemerdagan­gan Manusia).

Beliau juga menekankan bahawa pemerdagan­gan manusia merupakan jenayah yang amat kejam dan keberkesan­an mahkamah sebegini akan membantu penyelesai­an jenayah perhambaan moden ini dengan lebih efektif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia