Utusan Borneo (Sabah)

APMM Bintulu bendung jenayah, penceroboh­an

-

BINTULU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Bintulu berjaya membendung aktiviti jenayah serta penceroboh­an bot nelayan asing perairan negara melebihi sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan iaitu 113.6 peratus.

Pengarah Maritim Daerah Bintulu Aminudin Abdul Rashid berkata, pihaknya menyelesai­kan sebanyak 25 kes berlaku di sempadan perairan negara tahun lalu dan semua pesalah dihadapkan ke muka pengadilan.

“Pesalah juga menerima hukuman termaktub dalam undang-undang laut, imigresen serta undangunda­ng lain sesuai dengan kesalahan dilakukan,” katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Sebelum itu, turut diadakan acara Perbarisan Bulanan dan Serah Terima Tugas Pengarah Maritim Daerah Bintulu.

Kapten Maritim Aminuddin Abdul Rashid secara simbolik memberi nota serah tugas kepada Pengarah Maritim Daerah Bintulu baharu Komander Maritim Mohd Hambali Ya’akub.

Katanya, kejayaan melepasi sasaran KPI membuktika­n APMM Bintulu merupakan pasukan maritim cekap melaksanak­an penguatkua­saan undangunda­ng di bawah kendalian mereka bermula di Tanjung Payung (Utara) sehingga ke Kuala Igan (Selatan).

Menurutnya, sepanjang 2017 APMM Bintulu melakukan 494 pemeriksaa­n melibatkan Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Kawalan Bekalan 1961 dan pelbagai akta di bawah undang-undang persekutua­n.

Aminudin memaklumka­n bahawa Mohd Hambali memulakan tugas sebagai pengarah APMM Bintulu yang baharu berkuat kuasa pada Selasa.

“Saya harap pegawai serta kakitangan APMM Bintulu terus memberi kerjasama padu kepada pengarah baharu bagi memastikan segala urusan pentadbira­n serta penguatkua­saan undangunda­ng berjalan lancar seperti biasa,” katanya.

 ??  ?? AMINUDIN (berdiri, hadapan tengah) bersama pegawai dan pengurusan APMM Bintulu pada upacara perbarisan tahunan serta serah nota tugas.
AMINUDIN (berdiri, hadapan tengah) bersama pegawai dan pengurusan APMM Bintulu pada upacara perbarisan tahunan serta serah nota tugas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia