Utusan Borneo (Sabah)

Pesawah rugi RM200,000 tanaman dilanda penyakit padi angin

-

ARAU: Penyakit padi angin yang menyerang 115 hektar sawah diusahakan oleh 30 petani di kawasan Belat Batu, Guar Sanji di sini menyebabka­n mereka kerugian lebih RM200,000.

Padi itu dijangka dituai menjelang akhir Februari ini namun sebahagian padi yang berbuah seakan tidak berisi yang menandakan tanaman itu dilanda penyakit padi angin.

Bagi Ismail Kasa, 64, yang mengusahak­an sawah seluas 1.6 hektar berkata beliau kerugian hampir RM4,000 bagi musim ini.

“Pada musim terdahulu penyarakit padi angin tidak berlaku dan saya memperoleh lebih RM10,000 bagi 1.6 hektar sawah yang diusahakan,” kata Ismail semasa ditemui di sini, pada Selasa.

Katanya beliau mematuhi segala prosedur dan arahan Lembaga Kemajuan PertanianM­uda(MADA) termasuk menggunaka­n benih dan baja yang dibeli daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Arau.

Seorang lagi pesawah Zamzuri Ishak, 34, yang mengusahak­an tiga hektar sawah berkata beliau kerugian hampir RM20,000 bagi musim kedua kali ini.

“Saya bergantung sepenuhnya kepada penanaman padi. Jika masalah ini berterusan, bukan sahaja kehidupan saya malah petani yang bergantung kepada padi juga akan mengalami kesulitan,” katanya yang mempunyai tiga anak yang bersekolah.

Beliau berharap pihak berkenaan turun padang untuk melihat sendiri masalah petani supaya tindakan sewajarnya dapat diambil di samping memberi bantuan kepada petani yang terjejas teruk. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia