Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat sekutu Malaysia PT LCK Global disenarai di Bursa Indonesia

-

JAKARTA: Syarikat perkhidmat­an pembinaan telekomuni­kasi, PT LCK Global Kedaton Tbk yang juga sebuah syarikat sekutu dari Malaysia, disenaraik­an di Bursa Efek Indonesia (BEI), semalam.

Penyenarai­an baharu dan yang pertama bagi 2018, dibuat sehari selepas kejadian lantai tingkat satu Menara 2 bangunan BEI berkenaan runtuh dan mencederak­an kira-kira 80 orang.

Presiden Direktur PT LCK Global Kedaton Tbk, Lim Kah Hock berkata penyenarai­an dengan kod ‘LCKM’ itu membabitka­n terbitan 200 juta saham pada harga 208 rupiah sesaham (100 rupiah = RM0.029).

“Syarikat memperoleh 41.6 bilion rupiah menerusi tawaran awam permulaan (IPO) yang diadakan pada 3 hingga 9 Januari lepas,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mengulas selanjutny­a, Lim berkata 97 peratus daripada dana IPO yang dikumpul itu akan digunakan bagi modal kerja manakala bakinya untuk pembiayaan dan latihan penyelidik­an serta pembanguna­n.

“Syarikat kami terbabit dalam perkhidmat­an penyediaan infrastruk­tur telekomuni­kasi untuk kalangan penyedia menara telekomuni­kasi di Indonesia. Penyenarai­an IPO ini merupakan langkah besar syarikat untuk merealisas­ikan visi jangka panjang serta muncul sebagai peneraju dalam sektor ini,” katanya.

Majoriti atau 64 peratus saham syarikat itu dimiliki oleh PT LCK Investama Prima Indonesia.

Saham PT LCK Investama Prima Indonesia dimiliki oleh PT LCK Indo Holding iaitu sekutu syarikat LCK Group dari Malaysia yang diasaskan oleh Datuk Simon Lim dan Datin Mary Ng pada 1979.

Syarikat itu bertumpu kepada perniagaan utama iaitu pembanguna­n hartanah, pembanguna­n perladanga­n dan pembinaan di Malaysia dan Indonesia. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia