Utusan Borneo (Sabah)

DACSEE lancar sistem hailing-pengangkut­an di Malaysia

-

PETALING JAYA: Platform hailing-pengangkut­an, Decentrali­sed Alternativ­e Cabs Serving and Empowering Everyone (DACSEE), semalam melancarka­n sistem hailing pengangkut­annya di Malaysia bagi membantu pemandu menjana lebih banyak pendapatan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Alexander von Kaldenberg berkata DACSEE merupakan sistem haliling-pengangkut­an beragihan pertama di dunia yang membolehka­n pemandu meningkatk­an kemajuan mereka dan meraih pendapatan tambahan dengan mengambil lebih ramai pemandu di bawah mereka.

“Ketika ini kami menumpukan untuk mengambil lebih ramai pemandu untuk menyertai kami dan menjangka melancarka­n aplikasi mudah alih pada April tahun ini,” katanya pada pelancaran semalam.

Majlis pelancaran itu dihadiri Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Abu Bakar Mohamad Diah.

Abu Bakar berkata, kementeria­nnya menggalakk­an syarikat-syarikat untuk menerapkan inovasi dan teknologi terkini ke dalam perniagaan mereka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi DACSEE, Lim Chiew Shan berkata syarikat tersebut bekerjasam­a dengan rakan kongsi teknologi tempatan, DMD Technology Sdn Bhd, untuk membangunk­an aplikasi mudah alih bagi keduadua pemandu dan pengguna.

“Dalam tempoh 10 hari lepas, kami berjaya mengambil kira-kira 5,000 pemandu baharu yang berdaftar dengan kami,” katanya.

Beliau berkata DACSEE berharap dapat memberi pemahaman yang lebih baik mengenai operasinya kepada semua pemegang kepentinga­n sebelum pelancaran aplikasi akan datang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia